Keadaan TA saham ini cukup menarik. Tetapi saham ini NS. Jika harga berjata bertahan pada 2.17, saham ini dilihat mempunyai momentum utk kenaikan.
Keadaan yang sudah dijangka. Para pedagang terlalu optimistik terhadap pemilihan syarikat saudee walhal syarikat ini masih mempunyai hutang yang tinggi dan tidak mungkin dapat diselesaikan di dalam masa 3-4 quarter.
Untuk waktu sekarang saham syarikat ini masih di dalam fasa sideways. Entry pada harga semasa merupakan harga yang low risk dan high reward. Harga dijangka rebound ke 67sen.
Syarikat carigali minyak. Syarikat ini mula mendapat rentak untuk pertumbuhan syarikat jika dilihat dari sudut TA dan juga FA. Dengan keadaan pemulihan ekonomi harga minyak mentah juga memulih serta mendapat permintaan. Dengan keadaan terusan suez yang telah di halang oleh kapal, permintaan minyak di asia akan meningkat akan tetapi harga export makin murah kerana...
Saham ini memiliki mankin yang kuat untuk kenaikan akan datang. Boleh diperhatikan dan buat kajian yang lebih terperinci.
Saham ini mula menunjukkan tanda kelemahan untuk kenaikan. Walaupun begitu, pelabur boleh memerhatikan saham ini jika harga saham turun bawah paras 1.32 maka ianya petanda kelemahan buat saham ini. Jika berjaya melepasi 1.5 maka masih ada peluang untuk kenaikan. Untuk keadaan sekarang, saham ini sangat tinggi dengan risiko berbanding dengan ganjaran. Dinasihatkan...
Bursa KLSE masih lagi berjaya mengekalkan rentak di atas para psychology 1600 menandakan minat pelabur jangka panjang mula memasuki pasaran bursa.
Sekali lagi ingin ditekankan di sini bahawa kaunter tekseng ini sekarang berada pada paras yang kurang risiko dan tinggi ganjaran. Masa yang sangat sesuai untuk masuk.
Saham ini kelihatan masih kuat dari segi TA. Masih ada ruang untuk kenaikan.
Saham syarikat rugi ini menunjukkan trend menaik. Semasa kenaikan harga bahan mentah besi, syarikat ini sepatutnya membuat keuntungan daripada kenaikan harga mentah.
Tekanan jualan sudah berkurang. Masa untuk membuat technical rebound!
Perlu berada di paras 4.90 untun menentukan keadaan kenaikan yang akan datang bagi saham ini. Jika tidak berjaya, ianya akan melalui fasa sideways terlebih dahulu.
Antara syarikat yang mempunyai latar belakang asas yang kukuh. Untuk trend sekarang, serbadk masih lagi di dalam fasa sideways. Pengumpulan saham masih lagi dilakukan. Bila pemulihan ekonomi kelihatan laju dijangka saham ini bakal menaik sehingga RM2.5
Syarikat ini sangat terkesan pada covid-19 yang terjadi. Untuk pemulihan ekonomi, syarikat ini juga dijanga bakal memulih tetapi tidak sesuai untuk dibeli sekarang.
Harga sokongan pada 58sen, merupakan harga terbaik untuk entry dengan keadaan yang agak kurang berisiko.
Nilai sokongan saham ini adalah pada 52sen dan 50sen. Boleh teruskan monitor kaunter ini untuk T-play.
Syarikat yang terlibat dengan hartanah serta pembinaan. Harga saham ini di dalam keadaan uptrend. Untuk entry, perlu masuk pada harga 0.13 dengan kuantiti yang sedikit. Adapun harga sekarang juga merupakan harga yang sesuai untuk entry pada 0.14 dengan sasaran terdekat pada 16sen manakala sasaran jauh pada 25sen.
Syarikat ini melaporkan kenaikan pendapatan dan keuntungan, ini disebabkan daripada penjualan asset syarikat. keadaan ini cukup tidak bagus untuk syarikat dan pelabur.