Harga KGB bermain di garisan sokongan buat beberapa minggu. Volume mengering diikuti kenaikan volume belian dengan kenaikan harga. Garisan SMA 20, 50 dan 200 ketiga tiga mendongak. Fundamental yang kukuh. Sektor Tenaga yang masih menaik sekarang ini. Harga akan menuju paras rintangan sebelum membuat All Time High dan akan pergi lebih jauh.
Saham kegemaran ramai. Sentiasa berada dikalangan Top Active kaunter di Bursa Malaysia. Breakout Accending triangle. Adakah ia mampu menuju target?
Scomnet adalah syarikat yang mempunyai Fundamental yang kukuh. Penyata keuntungan meningkat setiap tahun. Dalam Aliran Menaik. Hari ini harga jatuh pada garisan SMA 200. Adakah kita bakal menyaksikan kemasukan institusi di sini?
Petunjuk awal kemaraan DUFU ialah volume. Setelah volume mengering. harga Dufu sudah berada di harga diskaun. Minggu lepas. Volume belian mula masuk. Catalyst Perang Dagang yang semakin reda mengundang kehadiran pembeli. Walaupun prestasi keuntungan Dufu tidak memberangsangkan awal tahun ini. Tetapi berbekalkan Fundamental yang kukuh. Ia mampu menarik semula...
PCCS masih dalam trend menaik. Swing trader sepatutnya menjual apabila harga tidak berjaya melepasi rintangan. Tempat pembelian seterusnya apabila harga pullback ke tempat sokongan fibo 0.385. Buy signal mestilah menggunakan corak candlestik reversal. Buat masa sekarang buy signal sudah muncul...ayuh kita ride PCCS untuk kali kedua.