


Teknikal_Saham
Lihat minggu depan, jika KNM tidak turun melepasi 0.365, peluang untuk terus naik masih cerah. TP seterusnya jika mampu melepasi 0.440 pada 0.510.
Berdasarkan analisis sy menjangkakan, KNM akan turun di sekitar 0.405 sebelum naik semula Boleh cuba tunggu di sekitar 0.405/0.410 untuk entry. Jika mampu kekal di atas 0.425, TP selamat di 0.455. Berkemungkinan besar, KNM akan menyentuh 0.460. Selepas itu, analisis baru perlu dilakukan semula.
DAYANG mula naik semula selepas penurunan yang agak tinggi daripada 18 Mac hingga 21 Mei . Berdasarkan analisis, jika tiada berita buruk, saya yakin 90% DAYANG mampu untuk mencapai TP 2.460 jika mampu melepasi 1.750 nanti. Cuma perlu saya ingatkan, ini analisis long term. Mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk mencapai TP tersebut. Untuk Short...
Berdasarkan analisis, MINDA akan sentuh RM1 pada minggu hadapan. TP selamat di 0.095. CL jika melepasi 0.060. Jika mampu naik melepasi 0.110, TP seterusnya di 0.120.
GPACKET sekarang berada di paras rintangan yang sama seperti bulan Januari 2018. Sudah memasuki overbought zon. Berkemungkinan besar, jika tidak dapat melepasi 0.595 sekali lagi, GPACKET akan turun. Hati2 jika masih HOLD stock ini,.
KNM membuat kenaikan cantik. Boleh hold selagi tidak melepasi 0.330. TP wajib pada 0.465/0.470. Jika mampu kekal dan melepasi 0.475, TP seterusnya di 0.570/0.575. CL bawah 0.330.
Perhatikan jika SCOMI mampu pergi dan melepasi 0.140. TP1 di 0.190. CL jika melepasi 0.055 ke bawah.
Masih Sideway. Trend confirmation boleh diperhatikan jika melepasi 1.210 dan ke atas atau 1.120 dan ke bawah. Jika minggu hadapan tidak turun melepasi 1.120, entry dan TP1 di 1.200. CL di 1.110.
NAIM juga masih belum jelas arah tuju, Namun kelihatan Isnin ini, mampu bergerak ke 0.915. CL jika melepasi 0.880 ke bawah. Jika mampu melepasi 0.975, TP di 1.020.
Masih belum jelas arah tuju AIRPORT, sama ada ke atas atau ke bawah. CL jika melepasi 8.420. Jika mampu bergerak ke atas dan melepasi 8.880, TP di 9.160
Perlu melepasi 4.140. Jika mampu melepasi 4.140 dan seterusnya melepasi 4.290, TP di 4.440. CL jika tidak mampu kekal di atas 4.030. Peluang untuk beli di bawah.
FOCUS kelihatan akan turun untuk seketika pada minggu hadapan sebelum naik semula. Pada daily chart, telah melepasi ke bawah overbought zone.
ARBB masih dalam sideway. masih belum jelas, ke mana arah yang akan di tuju. Cuma terlihat downtrend kecil ada pada ARBB. Trend confirmation mungkin dapat dikenalpasti selepas naik melepasi 0.505 atau turun melepasi 0.420. Tetapi kelihatan ada momentum kecil masuk sejak beberapa hari lalu. Jika mampu melepasi 0.505 TP di 0.580. Confirmation akan terus ke...
SMTRACK turun secara mendadak dengan tiba-tiba hari ini setelah agak lama berada di overbought zone. Kelihatan ada sedikit kekuatan buyer untuk menolak ke atas, tapi ditendang semula ke bawah. Hasil tilikan, kelihatan akan turun sehingga ke paras 0.135/0.150. Jika esok naik, TP sekitar 0.200 atau max TP pada 0.215 (high risk). Mungkin selepas itu, akan...
N2N kelihatan turun sehingga ke paras 0.795. Peluang untuk tunggu di sekitar 0.795 dan mengikut kenaikan.
Ada dua kemungkinan pergerakan HOMERITZ esok, mungkin ke atas, mungkin ke atas, tak berapa clear. Hasil tilikan, 60% ke bawah, 40% ke atas. Jika ke bawah, mungkin akan mencari support di 0.670. Jika ke atas, dan melepasi 0.750, set TP pada 0.840. CL jka melepasi 0.620
GADANG masih belum menunjukkan arah pergerakan harga sama ada ke atas atau ke bawah. Jika boleh kekal di atas 0.895, boleh set TP di sekitar 0.930. Jika melepasi 0.940, TP wajib di 0.970. Cl jika melepasi 0.885
Trend bagi POS masih belum confirm. Masih belum pasti uptrend atau downtrend. Yang pasti sudah memasuki sideway. Berdasarkan tilikan, sy menjangkakan POS akan cuba untuk test bahagian kotak atas. Jika mahu mencuba, boleh masuk dah set TP1 di 1.890. Jika mampu melepasi 1.990, TP seterusnya di 2.250. SWING! CL WAJIB jika melepasi 1.540.