AVI dijangka membuat permulaan kenaikan berdasarkan corak teknikal sejajar dengan pemulihan ekonomi negara. Target harga adalah sekitar 0.155. Cadangan ini adalah sekadar pembelajaran. Segala kerugian dan transaksi di atas risiko sendiri.
JOHOTIN dijangka akan meneruskan kenaikan kerana telah berjaya melepasi rintangan (resistance) 1.900. Target harga seterusnya adalah 1.970. #tayor
Harga saham MITRA dijangka akan meneruskan kenaikan sekaligus berakhirnya fasa mendatar (sideway) sekiranya harga berjaya melepasi paras 0.245. Cadangan belian terbaik adalah 0.230 dan harga target adalah 0.285. #tayor
Harga saham TDM bergerak dalam jajaran neutral sepanjang 6 bulan ke belakang. Harga dijangka akan bergerak meneruskan kenaikan sekiranya berjaya melepasi rintangan pada 0.290. Cadangan belian boleh dibuat pada harga 0.265 atau ke bawah. #tayor
Harga saham BPURI kelihatan berada di paras garis tren menurun. Sekiranya, harga berjaya melepasi dan kekal berada di atas paras ini, dijangka akan memulakan pembalikan tren (trend reversal). #tayor
Secara teknikal HIAPTEK kelihatan dalam positif momentum. Dijangka meneruskan kenaikan ke paras 0.275 dan 0.320 dengan paras sokongan 0.225. Cadangan belian terbaik adalah pada atau di bawah harga 0.240. Tambahan, pendapatan HIAPTEK juga mencatatkan peningkatan lebih 2 kali ganda pada suku ini (Q4) berbanding suku (Q3) sebelum ini. #tayor
PUC dijangka meneruskan pendakian ke resistance 0.300 dengan paras sokongan (support) 0.230 dan seterusnya kenaikan ke paras 0.450 sekiranya melepasi serta stabil di atas paras harga 0.300. Cadangan belian terbaik adalah pada atau di bawah harga 0.255. #tayor
Berdasarkan carta harian, pergerakan harga masih dalam situasi menaik (uptrend) kerana masih berada di atas paras rata-rata pergerakan (MA50) dan (MA200). Dijangka masih berpotensi meneruskan kenaikan sekiranya harga membuat lantunan pada rata-rata pergerakan MA50. Cadangan belian boleh dibuat di sekitar harga 0.460 yang juga merupakan paras support teknikal. #tayor
Berdasarkan carta mingguan DPS, indikator rata-rata pergerakan (MA) menunjukkan petunjuk yang bagus di mana harga masih kekal berada di atas garisan MA50 dan MA200. Sekiranya harga bertahan pada paras support iaitu 0.095, ianya berpotensi untuk meneruskan kenaikan seterusnya ke paras resistance 0.140. Cadangan belian yang boleh dibuat adalah pada harga 0.095/0.100. #tayor