FBMKLCI sangat lemah, sehingga tidak mampu untuk memecahkan MA 9 pun. + MA 9 adalah pergerakan purata yang pendek, jika KLCI tidak mampu memecahkan pergerakan purata pendek, usah taruh harapan yang tinggi pada KLCI. + Lantunan teknikal yang terkini ditolak MA 9 beberapa kali, yang mengesahkan unjuran teknikal saya sebelum ini bahawa KLCI bakal berdagang di bawah...
Saya menjangkakan Inari Ametron untuk menguji RM 0.90 dalam masa terdekat susulan: a) Perang dagang yang semakin tegang. b) Huawei bakal dan sedang dikenakan sekatan oleh syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat. c) Sasaran harga Apple terus menerus diturunkan oleh bank-bank, dan yang terbaru oleh UBS bank. d) Kelemahan laporan kewangan suku tahun pertama (Q1)...
KLCI masih lagi bearish dan sekarang adalah lantunan teknikal. Rintangan terdekat adalah 1625. KLCI perlu pecah 1644 dalam masa terdekat untuk membuat lantunan lebih tinggi.
Teo Seng perlu memecahkan rintangan terdekat iaitu 1.360 berdasarkan RSI untuk meneruskan kenaikkan menguji rintangan lama di 1.43. Peluang panjang boleh dibuat setelah Teo Seng memecah 1.43 disokongan dengan RSI atas 66 mata.
FBMKLCI dijangka untuk menguji sokongan saluran harga 1585. Saluran harga kecil KLCI terbentuk apabila KLCI cuba mendaki ke 1693, jatuh ke 1628 kemudian melantun ke 1644 untuk ditolak kembali ke sokongan saluran akan datang antara 1585 ke 1583. Jika sokongan saluran ini pecah, saya menjangkakan KLCI untuk berperingkat-peringkat jatuh ke 1545. Tetapi, kita kena...
Econpile perlu berdagang di atas 700 sen untuk harapan belian panjang. Tetapi berdasarkan saluran harga sekarang, harga berkemungkinan akan 'retrace' ke sokongan saluran harga.
Pelabur perlu menunggu laporan kewangan Inari Amertron sebelum membuat pelaburan di dalam Inari. Saya menjangkakan EPS Inari untuk jatuh sekitar 1 sen. Sekiranya ini berlaku, Inari bakal jatuh ke sekitar 1.450 sebelum satu 'trading plan' baru dapat dibuat daripada saat laporan kewangan itu keluar.
Pos perlu melantun di 1.760 jika tidak bakal kecundang ke 1.640.
Semakin lemah menjelang laporan kewangannya, barangkali akan sideway antara 1.560 hingga ke 1.360. Resistance yang agak kuat di 1.530.
Sedania perlu berada di atas 185 sen untuk terus naik.
Mengikut pandangan RSI, sekiranya Ho Hup ingin melantun pun, esok lah untuk menguji 560 dan 595 sen dengan syarat dapat menjaga sokongan 530 sen. Tetapi sekiranya gagal menjaga sokongan tersebut, Ho Hup akan menguji kembali sokongan 515 sen dan satu lantunan kecil dapat dibuat di situ untuk menguji rintangan 535 pada waktu itu.
Danco nampaknya perlu melantun pada Isnin ini dengan menjaga sokongan 640 sen, jika tidak Danco akan bolos ke bawah ke sekitar 605 sen.
OCK perlu memecahkan rintangan RSI 33 disekitar harga 505 sen untuk meneruskan kekuatan momentum ke atas. Target ambil untung pertama boleh dibat pada 530 sen.
Danco menyediakan peluang untuk mengumpul dengan kadar jual rugi yang rendah. Pengumpulan boleh dibuat pada harga 645 dan 650 sen dengan jual sekiranya Danco tutup di bawah 645 sen (kegagalan uptrend rsi). Target ambil untung pertama pada 680 dan yang kedua pada 700 sen. Selamat berdagang!
ARB Berhad perlu memecahkan rintangan price channel di sekitar 530/535 sen untuk teruskan kenaikkan. Ambil untung pertama di 600 sen dan ambil untung kedua di 620 sen. ARB dijangka mampu ke 700 sen sekiranya dapat memecah 620 sen.
Inari Amertron momentum masih lemah dan perlu jaga sokongan 1.720. Perlu tunggu laporan kewangan untuk hala tuju lanjut.
Kita telah sedia maklum bahawa FBMKLCI disokong oleh institusi kewangan, tapi bagaimana dengan SMALL CAP di mana kebanyakkan 'retail traders' menyemai & memberi wang? Mengikut indeks SMALL CAP, ia akan menjumpai sokongan di 13530 yang didorong oleh kepercayaan 'retailers' yang semakin teruk. Sekiranya sokongan uptrend RSI pecah, saya menjangkakan lebih banyak...