KLCI hari ini secara rasminya sudah pun bearish, dengan pecahnya Moving Average 200 Jumaat lepas dan disahkan oleh Ichomoku Cloud. Semua sektor sudah bertukar menjadi kerbau. Menariknya, jika 1770 ternyata pecah maka, sokongan kuat seterusnya adalah pada 1750. Adakah anda akan terus berdagang?
INTA hari ini membuat sedikit penurunan. Transaksi yang tinggi berlaku di 350 sen menandakan sokongan yang kuat. Walaubagaimanapun, Inta gagal membuat penutupan di atas permulaan yang menandakan ramai mahu ambil untung (kata kasarnya ramai mahu keluar). Harga masih di atas 340 sen, moving average 200 hari, boleh tengok dulu bagaimana ia bergerak hari esok. Jual...
MRCB sebenarnya mengagak ingin pergi ke mana. Ingin ke atas tidak boleh, ingin ke bawah tidak boleh. Jadi, MRCB membuat keputusan untuk berlegar-legar di atas 'SMMA'. Buat masa ini, tengok dulu MRCB. Jangan masuk dulu.
Strategi: RSI + SMMA Taliworks masih lagi menunjukkan uptrend. Belian sangat wajar di atas support sekarang 1.410/1.420. Rintangan psikologi 1.500.
Supermax semalam telah membuah satu lonjakan harga yang tinggi. Walaubagaimanapun, ianya diiringi dengan volume yang rendah. RSI masih lagi menunjukkan downtrend. Harga di carta tidak menunjukkan breakout. Ianya perlu disahkan dua tiga hari ini. Buat masa ini neutral dahulu.
Strategi: SMMA + Heikin Hiaptek kini menunggu break out. Fasa bullish peringkat satu yang kuat dilihat dengan pengumpulan pada harga 0.440. Jual rugi: 0.390. Rintangan seterusnya 0.460.
DRB-HICOM kini dalam fasa mengumpul. Volumenya boleh tahan, tetapi perlu tunggu 'clear breakout signal' untuk masuk panjang.
MYEG masih lagi membuat uptrend. Tetapi kini dalam sideway, dapat diperhatikan melalui chart candlesticks biasa. MYEG masih menunggu news. Waktu ini adalah waktu 'accumulate' untuk risk-taker, dan 'ambik untung' untuk conservative player.
FPGROUP mempunyai momentum yang lemah untuk memecah halangan 320. Walaubagaimanapun, disebabkan situasi global yang agak baik, FPGROUP mampu menyentuh 350 sebelum membuat 'pullback' dan menutup di sekitar 325. Fast in fast out.
MYX:0138 Dijangka mempunyai negative divergence yang ketara. Strategi 'short' jangka pendek. Disahkan lagi dengan carta 4 jam. Harga ditutup dengan tinggi tetapi RSI ditutup dengan rendah. Tanda yang kuat bahawa momentum semakin lemah. Pada akhir dagangan hari ini, 19 September, momentum ask (jual) dikosongkan dengan sangat banyak pada harga 1.750....