Ranhill baru-baru ini gagal membuat Higher High, yang menunjukkan bahawa pergerakan Ranhill kini bertindak berdasarkan sentimen Bearish. Saya menjangkakan bahawa Ranhill bakal jatuh ke RM 1.250 sebelum membuat lantunan Lower High yang baru.
WIDAD mampu bergerak ke 350 sen dengan syarat dapat berdagang di atas 325 sen.
Merujuk kepada carta teknikal, Public Bank berpotensi untuk menemui RM 22.48, sekiranya Public Bank tidak mampu rebound pada harga RM 23.40 beberapa minggu daripada sekarang. Public Bank yang telah lama lena dari tidur, tiba-tiba terbangun untuk muntah darah. hehe =='
KLCI mempunyai sokongan di 1640. Sekiranya rebound akibat 'oversold' technical pun, KLCI hanya mampu menguji 1645/1646 sebagai rintangan untuk projection ini 'valid'. Pecah sahaja 1640, boleh kita jangka bahawa KLCI akan jatuh ke 162x dalam masa terdekat. Kalau ada sesiapa bertanya apa terjadi selepas 162x? Sokongan mengikut zon Fibo seterusnya adalah di 1585...
Tencent kini berada dalam kedudukan terbaik untuk rebound lebih tinggi. Tetapi, jika masih gagal memecahkan rintangan gap pada 356, maka jualan pendek HSI boleh dilakukan tanpa takut. Perhatikan kaunter penting bagi HSI ini. Ianya ibarat TNB bagi KLCI.
Sekiranya Indeks Hang Seng gagal melepasi MA20 dalam masa terdekat, maka sokongan untuk HSI adalah di 28260, sebelum menguji ke sokongan MA200. Jika ini berlaku, maka dengan rasminya lantunan pendek dari bulan Januari hingga Mac 2019 telah pun tamat. Pegangan singkat boleh dibuat dengan jual rugi sekiranya harga berjaya tutup di atas MA 20 dengan potensi ambil...
MYEG sebenarnya masih dalam saluran harga. Ini telah menjawab persoalan kenapa volume pada 22 Mac 2019 masih lagi sedikit walaupun mempunyai perubahan harga yang agak tinggi (melebihi 5%). Saya menjangkakan akan berlaku 'pullback' di kawasan ini, melainkan MYEG mampu memecahkan rintangan sekitar 1.400 dalam masa terdekat. Jika anda belum masuk lagi, anda boleh...
HIBISCUS perlu memecahkan rintangan 1.13 untuk meneruskan kenaikkan. Sekiranya gagal, HIBISCUS bakal menemui sokongan di 1.07 dan 1.04.
FITTER juga semakin lemah dengan sokongan terdekat pada 475. Jika 475 gagal dijaga, ia akan mencetuskan jualan ke 430 sen. Tetapi, sekiranya ia dapat melantun di 475, ia bakal menemui rintangan pada 520 sen. Buat masa ini MACD dan volume oscillator menunjukkan bearish bias yang jelas.
WIDAD setakat ini menunjukkan beruang yang semakin besar. Dibuktikan melalui Volume Oscillator dan juga volume yang semakin berkurangan. Saya menjangkakan WIDAD akan memecah sokongan MA200 sebelum bertemu sokongan 270 sen.
Merujuk pada Volume Oscillator, dengan jelas diberitahu bahawa harga 255 sen iaitu harga sekarang, mempunyai pengurangan sokongan berbanding 18 Mac 2019. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa SINO HUAAN akan memecahkan MA200 iaitu tutup di bawah MA200 pada bila-bila masa daripada sekarang. Sokongan penting pada 255 sebelum ke 240 dan 230 sen.
Nampaknya benarlah bahawa EVERSENDAI bakal membuat lantunan selepas berjaya tutup di atas 505 beberapa hari lepas. Dengan itu, peluang ambil untung EVERSENDAI adalah pada 590 sen. Tetapi sebelum itu, SENDAI mesti memecahkan rintangan 520, 570 sebelum dapat bertemu dengan 590 sen. Sekiranya SENDAI masih lagi kuat selepas bertemu 590 sen, saya menjangkakan SENDAI...
Setelah intraday bearish divergence wujud pagi tadi yang memaksa harga SENDAI naik ke 520 sen tanpa volume yang lebih banyak, Bursa Malaysia dikejutkan dengan jualan sektor kewangan besar-besaran yang memaksa beberapa bank jatuh ke paras sokongan 'hidup-mati'. Oleh sebab keadaan ini, saya telah mengambil untung EVERSENDAI pada 510 sen. Mengikut penunjuk teknikal,...
EVERSENDAI menunjukkan lantunan teknikal. Bacaan Know Sure Thing (KST) menunjukkan bacaan bullish divergence pada 1 hari. Bullish divergence terbentuk apabila KST tidak membuat momentum lebih rendah daripada sebelumnya. Ini disahkan oleh volume oscillator apabila ia seakaan 'stagnant' pada 21 Mac pukul 11 pagi. Jika volume oscillator menunjukkan bacaan positif...
Homeritz mempunyai sokongan pada 640 sen, yang mana jika gagal ditutup atas sokongan ini, Homeritz bakal menguji 625 dan 610 sen. Bullish confirmation boleh disahkan apabila Homeritz dapat memecahkan 690 sen dalam masa terdekat. Berdasarkan penunjuk teknikal, Homeritz mungkin telah menjumpai asas di 610 sen. Tetapi masih belum ada trend bullish yang kuat untuk...
UZMA berada dalam fasa kritikal apabila berjaya tutup di bawah pergerakan purata 200 hari. Sokongan terdekat adalah pada 97 sen. Jika UZMA gagal mengawal rapi sokongan ini, UZMA bakal meneruskan kejatuhan ke 875 sen. Manakala rintangan terdekat UZMA adalah sekitar 1.02/1.01 sen. Sekiranya UZMA berjaya tutup di atas rintangan ini, UZMA bakal menguji 1.07.
PRESBHD perlu menjaga rapi sokongan 540 atau bakal berdepan jualan hingga ke 500& 480 sen jika PRES gagal berbuat demikian.
N2N berpotensi membuat batu asas di harga 830/825 sen. Boleh monitor dalam minggu ini jika N2N menunjukkan tanda-tanda 'rebound'. Cadangan peluang kemasukan terbuka luas antara 835 - 825 sen dengan jual rugi pada 815 sen.