Kegagalan kekal di atas garis sokongan rainbow silver akan mengesahkan perubahan trend. Jika gagal memecahkan sokongan, harga akan melantun paling sedikit ke arah garis rintangan rainbow biru
Sekarang risiko rendah untuk entry, jika harga gagal melantun ke atas, CL jika ditutup dibawah garisan rainbow silver (long term support) dan jika berjaya melantun, TP jika menyentuh garis rainbow oren (short to mid term resistance). Cuma berjaga-jaga dengan sentimen semasa dan ketiadaan bankerchip buat masa ini utk menolak harga ke atas
DUFU sedang berada pada trend menurun, cuma boleh masukkan ke dalam watchlist jika sudah bertukar kepada sideway beserta harga mendekati garis rainbow silver. Jangkaan waktu mungkin berbulan juga untuk menukat trend ke sideway dan ke uptrend semula
Jika belajar mengenai corak lilin ada dua yg muncul pada carta sejak 4 hari yg lalu... dua-dua bullish.
Secara fibo harga sudah disokongan 61.8% tetapi berda di bawah paras rintangan short to mid term rainbow (garis oren). Jadi telahan nya mungkin harga akan tarik tali dulu dan lebih kebarangkalian akan turun ke paras garis biru sebelum pantul ke atas jika pasaran membuat reversal
Harga ditutup betul-betul pada garis sokongan jangka pendek (rainbow pink yg pertama). Jaga2 jika harga ditutup dibawah garis ini, petanda perlu keluar, momentum sudah kelihatan berkurangan
Signal belian jangka pendek semalam dan sekarang harga naik dan tutup betul2 pada paras short-mid term rainbow line (garis oren paling bawah). Itu boleh jadi signal jualan kerana sudah sampai ke garis rintangan pertama. Jika ingin ambil untung, boleh jual terus esok masa pasaran dibuka. Jika ingin hold, asalkan tidak ditutup dibawah garis sokongan pink yg pertama...
1. Ada bullish harami disitu 2. Harga berlegar di paras sokong jangka panjang (silver rainbow line) 3. Harga di paras sokongan fibo 23% untuk potensi permulaan gelombang ke3 elliot 4. Pastikan harga tidak ditutup melepas paras 0%,
Harga saham sudah melonjak ke paras rintangan jangka panjang, untuk meyakin kan pelabur, harga perlu berada diatas 3.92 untuk menandakan harga sudah reverse. namun kenaikan ketara membentuk marubozu yang mana ini memberi signal jualan (pengambilan untung). Pastikan volume tidak ketara berbanding volum pada hari jumaat
Walaupun sektor petrochemicals sebenarnya mengambil kesempatan untuk meningkatkan profit margin atas harga minyak mentah yang rendah, tetapi sentimen sektor yang sama tidak membantu kepada pergerakan harga saham, namin sekarang kita boleh mencari weakest spot untuk mengumpul stok bluechip yang stabil.
1. Jarang gunakan teknik bullish engulfing untuk carta harian bagi stok saham tp untuk pembelajaran kita perhatikan apa terjadi esok 2. Sentimen masih bearish 3. Trend sangat bearish setakat ini 4. Lockship sahaja diperhatikan dengan floating chips sudah mula bertambah
1. PERMAJU masih lg meneruskan pendakian untuk mencapai harga tertinggi sejak 2012 iaitu 1.07 2. Selagi berada di atas rainbow line selagi tu boleh ride 3. Bankerchip juga masih bullish
1. Harga HARTA sudah mendaki. Memandangkan harga ditutup agak jauh dari garis pink yg pertama, berkemungkinan harga akan retrace sebelum meneruskan kenaikan. Ini memberi peluang untuk sesiapa yang masih belum entry untuk buy on dip 2. Sentimen semasa masih memberi momentum tolakan harga yang positif.
1. Harga sudah pembuat penurunan teknikal dan hit 38% level. 2. Volum masih lg cantik 3. Monitor level-level sokongan yang ditunjukkan oleh setiap garis rainbow 4. Sentimen pasaran masih bearish jd pelu lebih berjaga-jaga
1. Harga sudah menyentuh Mid Term Support (blue rainbow) dan rebound 2. Garis merah di tanda sebagai garis sokongan 3. Kotak merah membentuk corak yang hampir sama MUNGKIN sebagai rest stop sebelum meneruskan kenaikan 4. Sentimen semasa masih lg bearish jadi perlu berjaga-jaga