Dari sudut struktur pasaran, harga telah membuat Lower High menandakan pasaran masih berada dalam keadaan menurun. Melihat kepada kawasan rintangan dan juga sokongan, harga berkemungkinan membuat bounce terlebih dahulu sebelum turun. Bagi minggu hadapan, USDXXX akan melemah manakala XXXUSD akan menguat.
Melihat kepada kekuatan DXY, Dollar dijangkakan akan menguat. GBPUSD berkemungkinan akan meneruskan penerjunan namun harga tidak lagi membuat keputusan samada ianya mahu meneruskan penerjunan atau melonjak naik keatas. Saya akan berpandangan neutral buat masa ini.
Jangkaan untuk harga bagi pasangan matawang EURUSD akan meneruskan mod bearish memandangkan struktur pasaran masih kebawah dan banyak candle momentum bearish berada di pasaran.
Jangkaan bahawa harga bagi matawang Dollar akan menguat berdasarkan analisis teknikal iaitu keadaan struktur pasaran telah membuat HH dan HL yang baharu, berkemungkinan untuk harga tebus ke atas.