Yang bintelligent je tahu perangai Theta ni. Theta kalau ikutkan bangkit dari kubur. Daripada ketinggian 2.50 turun ke 500 ni pun tahu dia jenis macamana. Theta NoS ringan, senang goreng, atau bahasa pasar nya senang pam senang dam. Apapun, 900 perlu bertahan juga RBS. Bahaya andai pecah 900. Volume BO ni pun power. 1.00 rintangan terdekat. TAYOR
CNERGENZ nampak jelas BO dari garis leher 625. Penting untuk terus berada di atas 625, 625 sebagai aras CL. Kenapa perlu berada di atas 625? kalau bawah 625 kemungkinan akan membuat penurunan. Yang boleh short seronokla. 690 rintangan yang perlu dipecahkan. TAYOR.
CORAZA kalau boleh bertahan 715 adalah menarik untuk meneruskan kenaikan. Gap ini boleh dikatakan get away gap kalau bertahan. 715 telah dicuba sekali semalam, kelihatan kuat. 715 merupakan CL. Ada rintangan terdekat 770, seterusnya 800. TAYOR.
GOB ni baru BO, boleh perhatikan jika ia berehat di 330. Rintangan di sekitar 390, dengan 18% potensi keuntungan. Cl bawah 315. TAYOR.
CTOS ni baru lapor QR yang baik, malah menunjurkan 90% keuntungan dari perkhidmatan yang ditawarkan. CTOS ni masalah utamanya jika berlaku serangan siber ke atas pangkalan kerajaan, ia akan memberikan kesan pada operasi. Pada carta, nampak bias ke atas. Dengan 1.35 adalah kawasan CL, andai ke bawah mungkin akan sideway dahulu. Untuk jangka masa pendek 1.40...
SDS berjaya memecahkan kawasan kotak yang ditandakan. Kalau ikutkan 435 sebagai kawasan rintangan pertama, seterusnya 500. Kenaikan juga disokong dengan volume. Jangan bocor 400, atau ia akan masuk semula dalam kotak. Boleh cari peluang untuk join trend. TAYOR.
Wong ni nampak ada build up. 475 RBS yang boleh diperhatikan ketika pullback, kelihatan 530 ada rintangan. Yang mana dah masuk awal boleh perhatikan reaksi di 530, yang belum masuk lek lu jangan gopoh. Lagipun risiko agak tinggi sebab lilin bawah MA50 dan MA200 TF 1D TAYOR.
Masih FFB, kelihatan ia menguji MA50 sebelum rebound. Bendera sebelum ini gagal bertahan. Tengok jelah perkembangan FFB ni. TAYOR sobat.
SGCBHD ni nampak menarik, kelihatan membuat base untuk terbang. Candle atas MA50, cun cun. Volume pulak menarik. Boleh cuba 370, dengan CL 360. TP di 410, dengan 10% possible profit. TAYOR.
LGMS ni dah naik banyak dah, masa untuk berehat dah ni. Pergi 1.00 dan ditekan penjualan dengan volume. 845 boleh perhatikan, andai bertahan RBS ni ada kemungkinan akan ada rebound seketika. Kalau gagal bertahan maka lama juga dia mahu tidur ni. TAYOR dan takyoh masuk kalau takut sangkut lama.
Kalau ikutkan SFP dah sampai kemuncak dah dengan harga tertinggi 850. Kenapa? sebab berlaku penjualan besar besaran pada jumaat lepas, dengan volume. Dengan mood pasaran semasa juga agak bearish dengan kehadiran ahli politik US ke Taiwan, perlu diingatkan Taiwan merupakan negara IT dan pengeluar teknologi seperti TSMC. SFP boleh berehat rasanya, 685 sebagai...
Andaikan anda masuk pada 1.07 masatu dengan fasa build up, beberapa hari lepastu pacak sampai ke 1.20. Sebabkan kita nak keuntungan maksimum kita hold dan tak TP walaupun dah 16% keuntungan dalam tangan. So dekat mana TS? Boleh buka TF besar sikit macam 1 Hari, kita nampak ada doji dua kali. Doji ni kita jadikan lilin tanda. Adalah penting untuk kita letak kan...
Okay lah tu, target 9% dapat 15% sapa nak kasi yedak? Apapun, Unitrade gagal memecahkan kawasan rintangan 295 300, juga merupakan harga IPO. Boleh perhatikan aksi harga di 265 270. Bawah kawasan ini tidak menarik dah. Aku andaikan dia ingin membuat satu rounding bottom, untuk mengumpul momentum sebelum mencuba semula memecahkan 300. TAYOR sobat.
FFB macam membentuk bendera. Bawah 1.66 adalah tidak menarik. Pergerakan FFB adalah biased ke atas, dengan TP 1.74. TAYOR
JETSON ada bibit bibit harapan dan bergerakan positif. Pergerakan ada dalam channel menurun. 250 sebagai aras sokongan. Ada rintangan di 280. Boleh la tengok RRR yang diminati. TAYOR.
JSB anak nampak menarik. Mak JSb mendaki tidak henti. 130 macam boleh cuba, bawah 120 boleh CL. TP 180. Barang ni risiko tinggi tapi high reward. Kena ada holding power lah. Weak hand main benda lain lah! TAYOR.
OPTIMAX ni aku masukkan dalam pemerhatian. Tidak la begitu bullish, sebab candle bawah MA200 TF 1D, tapi tengok la macamana progressnya. Ada garis downtrend kelihatan, kemungkinan akan dipecahkan bila waktunya sampai dan kemasukkan volum. 580 boleh try, 550 CL. Bukan untuk trade harian ni. Untuk bangsa tenang. TAYOR.
YewLee ni ngam, ikut plan. Dah 5% dalam tangan, lagi 2% untuk mencukupkan 7% target. Bawah 255 tidak menarik, boleh la letak sebagai TS. Layan tenang. TAYOR.