FFB ni nampak tengah dalam mode pullback dengan aras sokongan 1.66. Rintangan 1.72 perlu di pecahkan. Bawah 1.66 dah gagal pullback. 1.64 kekal menjadi aras sokongan terakhir, bawah ni dah tak menarik dah. TAYOR.
Tahniah yang mengikuti idea sebelum ini. Apapun 280 boleh di jadikan RBS. Andai bawah 280 kemungkinan akan membuat satu lagi cup kecil. Tengok jelah apa nak jadi. TAYOR.
Yewlee nampak dah jumpa bottom. 245 RBS kelihatan nyata. 235 lowest boleh jadikan CL. 265 TP terdekat. TAYOR.
MBMR ni merupakan syarikat yang supply komponen kenderaan produa. Kaunter ni nampak sideway lama. Kalau boleh pecah 3.50 ni insya Allah jauh jalan. Apapun kaunter ni lama lagi nak jalan, untuk investor okay la. 3.00 aras CL. TAYOR.
Mazda ni rupanya bergerak dalam range kotak hijau. 1.82 kekal rintangan kuat. Untuk memecahkan rintangan ini memerlukan masa dan momentum yang kuat. Mungkin sideway sikit. TAYOR lah.
HEXIND semakin menarik dengan lilin berada di atas MA50. Ada pembinaan (build up) yang menarik setelah gagal untuk BO haritu. Nampak ada RBS di 350, Bawah 340 jadikan kawasan CL, buang dengan volume sangat tak menarik. Rintangan seterusnya 380, 400. TAYOR. QR dekat dah ni, hati hati.
LGMS ni sebenarnya cantik sebab bertahan di 695, selepas berjaya memecahkan channel menurun. Lilin pulak berada di atas MA50. Cantik ni, ada lemang cover. 750 rintangan terdekat. TAYOR.
Dalam kotak hijau ni kelihatan kawasan penawaran dan permintaan. Boleh cari entry dalam kawasan ini. Kawasan 1.78 1.76 menarik untuk diperhatikan. Kawasan CL bawah 1.71. 1.85 rintangan terdekat. TAYOR ler.
Unitrade ni berat juga 1b+ NOS, berniaga bahan binaan, Nampak aras sokongan di 250, rintangan terdekat 280 kemudian 300. Kenaikan harga bahan binaan mungkin memberikan kesan kepada harga syarikat. Peers ecomate. TAYOR.
Ptrans ni kalau ikutkan masih okay. Kawasan 790 boleh diperhatikan. Masukkan dalam WL, antara kaunter yang uptrend dikala market downtrend. TAYOR.
Jetson ni nak terbang susah dah ni, banyak clearance kena lalu. MA200, MA50, MA22, SBR 250, apa lagi? Makan modal, makan masa. Elakkan la kot kaunter gini, risiko dengan pulangan tak setimpal. TAYOR.
Sedania kalau ikutkan sudah habis game dah ni. Risiko tinggi, probability untuk naik rendah. Harga bawah 450, dah habis game dah. Bawah MA50 pulak, cukup resipi, sideway lama atau terus ceroi. Terima kasih Sedania. TAYOR
CFM kelihatan mengelak simpang kejatuhan. Kalau tengok dari candle ni, menandakan bahawa ada momentum baru masuk, malah disokong dengan volume. Penting untuk dia terus bertahan atas 1.03, dengan candle ini (Jumaat 15hb Julai) sebagai tanda, andai harga cuba untuk jatuh bawah candle ini adalah baik untuk terus CL. Entry di 1.05 pun cun cun dah. TAYOR boi.
Seperti idea sebelum ini, Ecomate jalan setelah memecahkan rintangan 535, kita target 615. Dengan target 15% keuntungan. Harga semasa 590, jalan dengan volume pada hari jumaat. Boleh cari retrace disekitar 555 kalau dapat, kalau nak ride the trend. TAYOR bosku.
KSL nampak menarik dengan kenaikan beberapa hari lepas dengan volume. Boleh cari entry retrace di sekitar 780, asalkan atas MA50. Perlu diperhatikan kawasan sekitar 810 805 kerana ada kawasan penawaran kelihatan. TAYOR la sobat.
BSTEAD kalau dilihat TF yang panjang, kelihatan cuba untuk memecahkan kotak. 810 kekal menjadi rintangan igauan. 765 MA50, boleh jadi kawasan masuk. Apapun kaunter ini berat, ada kaitan dengan tabung angkatan tentera. 750 745 CL la kot. TAYOR.
Ada tanda tanda double top kecil di CFM, dengan 1.00 sebagai garis leher. Andai 1.00 tidak mampu bertahan, maka tamat sudah momentum CFM. 1.00 juga merupakan garis MA22. Andai 1.00 bocor maka melengkapkan setup double top. Dan kemundian mencari MA50 semula dan sideway beberapa minggu. TAYOR.
Eco seperti idea sebelum ini, kelihatan kuat setelah berjaya memecahkan rintangan lama di 535. 555 kelihatan ada RBS, kekal menarik jika kekal atas 535. Ride sampai bengkok. Jarang abe kasi benda dah jalan ye dak