Berdasarkan carta di atas, saya berharap FPGROUP akan retrace sedikit sebab saya nak tunggu pada paras support 0.310 di mana saya menjangkakan ia akan melantun sekali lagi untuk meneruskan kenaikan di dalam channel uptrend ini. Namun, jika bocor. harus CL serta-merta.
Adakah EWEIN mampu untuk breakout? Jika breakout, ia mampu meneruskan ke paras 52-weeks-high terdahulu.
Saya menjangkakan GSB akan turun lagi mencari paras sokongan seterusnya iaitu 0.200. Mungkin akan berlaku technical rebound di sini, jadi saya akan masukkan kaunter ini dalam watchlist. Stoch masih lagi seakan mahu meneruskan penurunan. Ia juga gagal untuk rebound pada mid-band BB. Berdasarkan faktor-faktor diatas, saya jangka ia akan turun lagi. Saya tunggu di 0.200
Perkembangan menarik hari ini di mana VIS berjaya melepasi rintangan pada MA200. Saya menjangkakan ia akan naik sedikit lagi pada awal sessi esok (11-JUL) sebelum retrace sedikit. Berdasarkan patten sebelum ini, ia gemar melakukan sedikit retracement sebelum bangkit semula. Kerana ini, ia mampu kekal di dalam channel uptrend lantas breakout MA200. Potensi entri...
Kaunter ini seakan tidak mampu naik lagi berikutan selling pressure pada hari ini (4-Julai). Kalau channel yang dilukis di atas ini diterima dek akal, maka kita boleh menjangkakan ia akan retrace. Mari kita tunggu dan lihat.
Ada news keluar bagi DNEX (www.theedgemarkets.com). Jika ianya satu catalyst yang baik untuk menolak harga naik, Isnin ini bakal menyaksikan harga memecahkan paras rintangan trendline. Namun, jika semua orang berpegang pada "Sell On News", maka jatuhla harganya. Sesuatu yang menarik untuk dikaji Isnin nanti.
Jika diaplikasikan teori T4 ke atas kaunter ini, potensi entri adalah paras terendah di dalam kawasan kotak di atas. Namun, jika kemenangan presiden UMNO malam ini menjadi sentimen kuat, Isnin mungkin dah naik... kita tunggu dan lihat
Lewat hari ini, ada news dikeluarkan dimana Sapura berjaya mendapat suatu kontrak projek. Orang kata "Buy on rumors, Sell on news". Jadi, apa strategi kita esok hari. 0.60 adalah paras support yang kuat buat masa ini. Namun, 0.61 adalah paras rintangan yang amat kuat menurut Gann Chart. Saya menjangkakan harga akan gap-up disebabkan sentimen good news ini. Namun...
Jika channel uptrend yang saya lukis ini betul, maka VIS memerlukan volume yang besar untuk membuat breakout. Namun hari ini, ia dimulakan dengan profit taking dan diikuti tekanan pembeli untuk menolak harga ke atas semula. Seperti biasa, Stoch sebegini membayangkan penurunan bakal berlaku. Sesetengah orang akan mengatakan SELL signal sekiranya crossing di...
Harga yang ditutup hari ini seolah-olah membuat pantualan dari garisan support uptrend channel. Namun, Stoch agak tidak menarik bagi saya. Dengan keadaan dunia yang huru-hara dengan trade wars, saya menjangkakan ia akan sideway sedikit beberapa hari sebelum membuat rebound pada trendline support sekali lagi.
Berdasarkan carta di atas, ia seakan-akan membentuk paten Bearish Descending Triangle. Pada hari semalam, 20-JUN-2018, kelihatan volume yang agak besar menunjukkan pengumpulan oleh sesuatu pihak. Que buy juga amat tinggi seakan-akan mahu menolak harga kaunter ini dari membentuk paten yang ditakuti ini. Mari kita masukkan kaunter ini dalam watchlist dan lihat...
Sebelum ini, saya beranggapan ASDION sedang melalui fasa pengumpulan dan di hujungnya ada sedikit kenaikan di mana saya menyangkakan telah bermula fasa mark-up. Namun, ada pendapat mengatakan ia bakal menemui Dead Cat Bounce pattern di mana kenaikan ini hanyalah bersifat sementara sebelum ia menjunam melepasi paras terendah sebelum ini. Apa-apa boleh berlaku...
Berdasarkan carta di atas, saya menjangkakan CHINHIN akan meneruskan kenaikan esok hari. Namun apa-apa boleh berlaku, CL kena jaga. Yang menariknya, weekly chart bagi kaunter ini menunjukkan bullish hammer. Stoch & MACD menghala ke atas. Harga close hari ini juga seakan-akan membuat pantulan lantas membentuk satu channel uptrend bagi saya. PENAFIAN : Maklumat...
Kaunter ini mengalami penurunan yang agak drastik. Namun, disebalik candle merah yang mewakili penurunan harga pada minggu lepas, kelihatan pelepasan volume yang tinggi utk 4 hari berturut-turut. Yang saya faham, ini menunjukkan ada pihak tertentu yang membuat collection pada harga yang rendah untuk kaunter ini. Ia diikuti pula oleh volume hijau menunjukkan minat...
Seperti kebanyakan kaunter-kaunter lain, kaunter ini juga turut terkesan dek Quater Report. Namun, harga cepat stabil dan melantun dari support 0.170. Mungkin disebabkan kekurangan volume, maka kaunter ini tidak berapa aktif. Namun begitu, harganya meningkat naik dan seakan-akan ingin kembali masuk ke dalam triangle pattern. Mungkin trader lain ada pendapat lain...
Sasbadi seperti terpantul dari garisan support mini uptrend. Candlestick pula seperti membentuk Bullish Sandwich pattern. Saya menjangka kan ia akan naik Isnin ini, namun paras cut-loss harus dijaga dengan ketat sekiranya ia retrace lagi. 0.380 mungkin menjadi garis sokongan yang kuat, sebelum ia jatuh lebih jauh lagi dan terus bocor support trendline. Indikator...
Berdasarkan carta, AEMULUS tidak mampu melepasi rintangan pada 0.415 lantas membentuk Double Top dan menjunam ke bawah sedikit. Pattern ini seakan-akan DNEX , di mana ia tidak melepasi double top, namun membuat comeback lantas memecahkan tembok rintangan berkenaan. Bagi kaunter ini, saya akan menunggu ia retrace ke bahagian support trendline dan juga SlowStoch...
Berdasarkan carta trendline di atas, kaunter ini harus bertahan pada garis sokongan utrend-trendline dan bangkit untuk meneruskan kenaikan. Masih mampu bertahan pada 0.605 buat masa ini. Stochastic tidak berapa menarik menunjukkan ia akan turun ke paras oversold. Mungkin ia memerlukan catalyst untuk melonjak naik selepas raya nanti.