Untuk minggu ni, DOW JONES mungkin akan test 27810 balik...Kalau berjaya pecahkan rintangan tu, lepas ni dia nak pergi test 28080 pulak
Dalam minggu ini sahaja, VS dah berjaya membuat 2 kali rekod "52-weeks high", satu pada hari Isnin yang lepas, satu lagi pada hari ini....Dia akan cuba pecahkan rintangan yang berikutnya iaitu pada RM 2.420 untuk membuat rekod lagi. #bukanbuycall
PENTA baru sahaja memecahkan rintangan RM 5.020 untuk membuat new "all-time high"...dia mungkin akan naik sedikit lagi sebelum membuat retracement ,untuk sambung membuat new "all-time high" lagi sekiranya harganya berjaya melonjak naik kembali. #bukanbuycall
PHARMA pun ikut adik-beradik dia yang lain... apabila kaunter vaksin yang lain membuat kenaikan, dia pun turut ikut serta...namun kenaikan dia seperti tidak relatif dengan volume yang terhasil...Kita tengok bagaimana pergerakannya pada hari yang berikutnya. #bukanbuycall
Untuk JFTECH, Stoch RSI pun dah nampak tinggi sangat tu..." Hit and run" jah kalau kes gini. #bukanbuycall
GDEX masih bermain di sekitar sokongan RM 0.330 ja kalau tak berjaya breakout...Hampir 3 kali jugak dia sentuh sokongan tersebut dalam 3 bulan yang terakhir...Namun Stoch RSI sudah kembali mendongak, mungkin akan naik kembali si dia ni. #bukanbuycall
IRIS masih dalam prcubaan untuk menembusi awan Ichimoku....Volume RM 1 juta pun baru masuk pada pukul 4.28 petang tadi...Kenaikan dia pun relatif dengan volume yang terhasil. #bukanbuycall
Hari ni banyak kaunter vaksin membuat kenaikan mendadak pula....SOLUTN pun tidak ketinggalan walaupun tak patuh syariah ...MA20 pun dia dah lepasi, corak lilin "bullish engulfing" pun cantik di situ. #bukanbuycall
Setelah lama dalam keadaan membuang, akhirnya sinar nampak kembali jua....Dia pun baru saja membuat "price rejection" di MA200, ditambah dengan corak lilin "bullish engulfing" dan berita vaksin sebentar tadi, mungkin akan naik kembali juga dia ni...apapun, conformation boleh dilihat pada keesokan harinya... #bukanbuycall
BINTAI nampak seperti nak buat perangai lama dia dah....."Bullish engulfing" di situ dengan kehadiran volume sekali. #bukanbuycall
DPHARMA merupakan salah sebuah syarikat di dalam sektor HEALTHCARE yang terlibat di dalam pembuatan vaksin....Lepas keluar saja berita bahawa China akan bekerjasama dengan Malaysia dalam penghasilan vaksin (pukul 3 petang tadi), dia terus terbang tanpa meoleh ke belakang....RM 3.380 tampak seperti RBS yang baru sahaja dibentuk selepas dia berjaya pecahkan...
Untuk sektor CONSTRUCTION, dia masih dalam keadaan sideways setelah berjaya membuat BODTL...Dia akan mula merancak kembali dalam hujung tahun ini (midterm target), dan hala tuju dia selepas ini juga bergantung kepada pengumuman Bajet 2021 yang akan diumumkan nanti.
Boleh tengok juga kaunter dalam sektor ni untuk ditanam dan tuai hasil dikemudian hari....Carta FCPO pun nampak seperti mahu mengaum kembali.
Kaunter dalam sektor ni pun dah naik banyak dah sejak dari bulan Mei yang lepas....Kalau boleh, jangan duduk terlalu lama sangat, nampak "money" sauk aja.
Sekiranya tiada halangan, sektor TECHNOLOGY akan rally lagi minggu ini...Boleh perhatikan kaunter-kaunter di dalam sektor tersebut.
Untuk minggu ini, bursa Malaysia mungkin akan diperdagangkan secara berhati-hati,disebabkan keadaan isu politik negara yang masih tidak menentu...Dia akan cuba untuk pecahkan rintangan 1520 untuk meneruskan kenaikan lagi, dan pada masa yang sama membuat BODTL.
NASDAQ pun nampak seperti boleh pergi lagi minggu ini...Target dia adalah untuk pecahkan rintangan 11570 untuk membuat kenaikan lagi lagi...Carta mingguan dia pun menarik juga untuk diperhatikan.
Target untuk Dow Jones minggu ini adalah untuk dia pecahkan 27190 sebelum dia test kembali rintangan 28290 yang tidak berjaya dipecahkan pada minggu yang lepas ...Kalau pecah 28290, situ akan jadi RBS dia pulak.