Tampak seperti MA20 sebagai rintangan yang perlu dia lepasi...namun, MACD Crossover dapat dilihat disitu setelah beberapa ketika telah menjunam...Boleh perhatikan.
Untuk kaunter yang dalam keadaan pullback, boleh juga marking siap-siap sokongan untuk perhatikan pergerakan dia ...sekiranya dia berjaya pantul di atas sokongan yang dilukis,boleh bersedia dengan langkah seterusnya.
Nampak seperti corak carta "bullish flag" akan terbentuk di situ...waktu "conformation" adalah apabila dia berjaya "breakout" rintangan yang dilukis.
ANJOO masih berada dalam keadaan sideways, pergerakannya selepas ini masih tidak menentu...Antara kaedah "trading " untuk sideways : beli di paras sokongan dan jual sebelum cecah rintangan. #bukanbuycall
Syarikat AXIATA merupakan salah satu komponen daripada 30 syarikat yang membentuk indeks FBMKLCI....Namun, pergerakannya menunjukkan dia masih berada dalam keadaan downtrend.
ATAIMS masih dalam keadaan uptrend lagi...Kenaikan dia adalah secara relatif dengan pergerakan garisan MA20 buat masa ini...Syarikat ini terlibat dalam pembuatan komponen dan produk, antaranya perkakas elektrik dan automotif.
AIRASIA cuba nak pecahkan MA20 pula....Kalau pecah pun, awan Ichimoku dan MA200 pula menanti dia selepas ini....Masih jauh lagi perjalanan si dia.
ASIAPLY dalam fasa untuk memecahkan rintangan MA50....Dan untuk kaunter ni perlu berhati-hati juga, kerana pernah ada sejarah dia "digoreng" pada 2-3 bulan yang lepas. #bukanbuycall
Masih sideway lagi kaunter ni....Namun, Stochastic sudah mau mendongak kembali...Boleh perhatikan. #bukanbuycall
RM 0.105 nampak seperti sokongan yang kuat...namun, kaunter ni dikategorikan sebagai "super penny",perlu berhati-hati lebih sikit... #bukanbuycall
SCGM baru sahaja breakout pada harga RM 3.050...Rintangan seterusnya pada harga RM 3.260. #bukanbuycall
Indeks TECHNOLOGY naik, MI pun turut sama naik....Momentum pun baru nak mula tu. #bukanbuycall
PRLEXUS betul-betul close di paras rintangan RM 0.785....Mampukah dia memecahkan rintangan tersebut dan juga awan Ichimoku?
Ini sudah kali ketiga dia cuba pecahkan rintangan RM 0.320, namun masih tidak berjaya....seperti ada "penunggu" yang membuang pegangan saham mereka di situ...
PERMAJU masih dalam keadaan downtrend, ramai yang sedang "membuang" dari membeli...Dari bulan April 2020 sehinggalah sekarang (lebih kurang enam bulan), harganya sudah jatuh hampir 80% dari harga asal.
SKPRES baru sahaja memecahkan rintangan RM 1.770 untuk membuat "new52-weeks high"....Mengikut perkiraan daripada Carta Gann, rintangan yang perlu dia hadapi selepas ini adalah pada harga RM 1.830 dan RM 1.900. #bukanbuycall