


birgezgin
FPI baru sahaja breakout dengan volume sebentar tadi...rintangan seterusnya adalah RM 1.620 sekiranya dia berjaya naik lagi. #bukanbuycall
Untuk AHB, Stochastic RSI nampak seperti mahu mendongak kembali...namun, perlu berhati-hati juga terhadap kaunter ini disebabkan sejarahnya yang menunjukkan aktiviti "gorengan" pernah berlaku pada waktu terdahulu. #bukanbuycall
Buat masa sekarang, FOCUS masih berada di atas garisan MA20,50 serta 200....Namun, adakah dia akan melantun di atas mana-mana garisan sokongan yang telah dilukis ?
FPGROUP perlu memecahkan kembali awan Ichimoku serta MA20 juga MA50 untuk membuat "strong uptrend" ...Stoch RSI pun masih di bawah lagi ....Boleh monitor pergerakan dia. #bukanbuycall
JCY masih berada dalam keadaan uptrend...dia masih mengekalkan kedudukannya di atas awan Ichimoku...boleh perhatikan #bukanbuycall
Dia betul-betul membuat lantunan di atas garisan MA50....Kalau selepas ini dia memecahkan MA20, nampak seperti boleh pergi jauh lagi. #bukanbuycall
Untuk MUIPROP , RBS terjadi pada harga RM 0.275...Namun, kalau boleh elakkan kaunter yang bersifat spekulatif, terutamanya kaunter yang ada kaitan dengan isu politik.
PARLO membuat kenaikan melampau sejak dua minggu lepas, naiknya seperti langit tidak berpenghujung...namun, setiap yang naik pasti akan turun jua #bukanbuycall
Kaunter HC ni kena hati-hati lebih sikit...Stoch RSI pun dah dekat bahagian "oversold". #bukanbuycall
Kaunter MACPIE terus membuat kenaikan secara parabolik pada bulan ini....rintangan yang dia perlu pecahkan untuk menaik lagi adalah pada harga RM0.60, kali terakhir dilihat pada bulan Januari 2010. #bukanbuycall
MA50 nampak seperti sokongan buat si warrant ini buat masa sekarang....Stoch RSI pun dah di bahagian "oversold", tunggu masa untuk membuat dongakan saja. #bukanbuycall
Kita letak dulu dua sokongan, untuk monitor sokongan manakah yang akan dia pantul...berkemungkinan dia akan pantul di kawasan garisan MA20
APPASIA-WA membuat "price rejection" di atas garisan MA50 buat waktu terkini....rintangan yang dia perlu pecahkan selepas ini adalah garisan MA20. #bukan buy call
KOMARK sudah membuat kenaikan lebih 300% dalam tempoh 3 bulan, sejak dari bulan Jun yang lepas...bolehkah dia memecahkan rintangan RM 1.320 untuk membuat "all-time high" ?
RM5.300 nampak seperti satu garisan sokongan yang kuat....Stochastic RSI pun baru nak dongak....boleh perhatikan. #bukanbuycall