Boleh tahan jugak kenaikan dia...MA20 nampak sebagai sokongan dia buat masa sekarang....pecah saja rintangan RM2.180, akan ada ramai peminat untuk kaunter ni. #bukanbuycall
Antara ciri-ciri sesuatu kaunter tu dah kena "goreng" ialah apabila kenaikan harga dia berlaku secara parabolik,tiada pergerakan "zigzag"....Boleh tengok sejarah dia pada bulan Ogos 2012
Sektor TELECOMMUNICATION masih dalam keadaan sideway...namun pada masa akan mendatang, mungkin akan pecah trend sideway dan menuju uptrend, disebabkan teknologi 5G yang akan dilaksanakan di negara kita dalam tempoh terdekat ini...buat masa sekarang, nampak masih lemah lagi .
Sektor IND-PRO nampak menarik pada minggu ini, boleh perhatikan kaunter-kaunter di dalam sektor tersebut...percubaan untuk menembus kembali MA200 pun dapat dilihat di situ.
Sektor PROPERTY pun seperti CONSTRUCTION juga, masih dalam keadaan sideway...Biasanya kaunter-kaunter dalam sektor PROPERTY dan CONSTRUCTION akan bergerak seiringan, dan kaunter-kaunter dalam sektor ini juga akan mula membuat kenaikan apabila ekonomi kita mula kembali pulih.
Sektor CONSTRUCTION masih berada di dalam fasa "sideway"...Kalau sabar, boleh layan kaunter-kaunter dalam sektor ini.
Candlestick pattern "tweezer bottom" sudah terbentuk di situ, mungkin akan kembali meneruskan kenaikan....namun, sektor HEALTHCARE perlu berhati-hati sedikit , kerana nampak seperti sudah memasuki fasa agihan ataupun dalam erti kata lain, fasa "distribution".
Sektor TECHNOLOGY nampak seperti nak mula kembali...Boleh cari kaunter yang masih dalam mood "pullback"
Untuk indeks FBMKLCI, dia perlu memecahkan rintangan 1520 untuk meneruskan kembali kenaikan...rintangan ini perlu dipecahkan agat pasaran kita berada kembali dalam kedudukan "bullish"
Untuk minggu ni, NASDAQ mungkin akan test sokongan 10944 sebelum kembali membuat kenaikan....Stochastic RSI pun masih di bawah lagi
Setiap pergerakan harga di dalam indeks DOW JONES akan sedikit sebanyak mempengaruhi pergerakan indeks kita iaitu FBMKLCI...Untuk kali ini, dia perlu memecahkan rintangan 28292 untuk meneruskan kenaikan lagi, sebelum menemui rintangan seterusnya iaitu 29604.
Kaunter bangsawan ni kebanyakannya empunya fundamental yang kukuh..boleh perhatikan
Pecah saja RM1.390 , mungkin terbang lagi si kaunter ni...
Adakah MA50 tu sokongan kuat dia buat masa sekarang?