Harga saham Air Asia kini bergerak didalam keadaan mendatar diantara RM 2.85 sehingga RM 3.04 & terdapat awan ichimoku yang perlu ditempuhi dihadapan. Jika harga dapat memecahkan harga rintangan RM 3.04, kami percaya harga saham akan menguji paras tertinggi sebelum ini iaitu di RM 3.18.
Secara keseluruhan harga saham POS masih berada didalam keadaan arah aliran menurun. Walaubagaimanapun, pergerakan harga terkini seakan membuat lantunan teknikal yang bermula pada minggu akhir 2018. Harga saham juga telah berjaya memecah & tutup diatas 6MA dicarta mingguan. Jika momentum ini berkekalan, kami percaya harga akan menguji paras rintangan terdekat...
Setelah mengalami kejatuhan yang maha dasyat, kini saham FGV sepertinya membuat lantunan keatas. Paras rintangan berjaya dipecahkan dengan volum yang besar. Jika momentum ini berkekalan, harga sasaran di sekitar 50EMA (RM 0.92-0.925).
Harga saham secara keseluruhan masih berada diatas garisan arah aliran menaik yang tercipta sejak Mei 2016. Walaubagaimana pun, pada 10/1/19, harga telah sampai ke paras rintangan. untuk melakukan posisi membeli jangka pendek, harga perlu memecahkan paras rintangan dengan volum yang kuat. Jika tidak, harga akan kembali menguji garisan arah aliran menaik Mei 16.
Secara keseluruhan, harga saham DUFU sudah memecahkan garisan arah aliran menaik. Kini, berkemungkikan ia sedang membuat lantuan teknikal keatas. Kami menjangkakan ia akan menguji paras rintangan di sekitar paras RM 1.90
Harga telah memecahkan garisan arah aliran menurun jangka pendek pertama. Harga sokongan terdekat diparas RM 4.73. Jika harga dapat bertahan, harga berkemungkinan menuju ke paras rintangan di RM 5.19.
Kami sedang menunggu harga untuk memcahkan garisan arah aliran menurun jangka pendek sebelum melakukan posisi. Parasa sokongan terdekar adalah di paras RM 1.75 & RM 1.69. Jika harga berjaya memecahkan garisan itu & tutup diatasnya, paras yang berkemungkinan dituju ialah pada paras RM 1.98.
Secara keseluruhan, Mah sing masih berada didalam arah aliran menurun. Pergerakan terkini menunjukkan, harga saham melantun dari garisan selari di bahagian bawah. Petunjuk teknikal mula kearah positif. Masih menunggu pengesahan untuk melakukan posisi. Penafian: Hanya untuk analisa teknikal
Melihat pada carta mingguan, harga saham Comfort masih berada didalam saluran selari arus menaik. Pergerakan terkini seperti membuat corak segitiga. Menanti untuk harga memecah garisan atas ataupun bawah sebelum melakukan posisi.
Didalam carta mingguan, D&O berada didalam arah aliran menurun. Ini disokong oleh persilangan negatif oleh Moving Averages & petunjuk teknikal juga dalam keadaan negatif. Paras sokongan terdekat di RM 0.67 & jika pecah, paras sokogan seterusnya di RM 0.625 Penafian: Hanya untuk analisa teknikal
Masih menunggu pengesahan. Paras sokongan terdekat di RM 3.33, RM 3.20 Penafian: Hanya untuk analisa teknikal sahaja.
Secara keseluruhan, harga saham GBGAQRS masih lagi didalam arah aliran menurun. Ini kerana ia didagangkan dibawah garisan arah aliran menurun & juga dibawah tiga MA yang digunakan. Ini disokong oleh RSI & MACD yang menujukkan gambaran negatif. Paras sokongan terdekat di RM 0.63-635 Penafian: Hanya untuk analisa teknikal.