GBPJPY telah melengkap satu trend menurun/reversal kita tunggu untuk jual dalam jangka pendek.
USDJPY dah memasuki zon jual. Cobaan kali ke tiga nampak gagal untuk naik. SL tide jangan lupa. Kalau terjun, uj ni menghasilkan risk reward yang amaaattt berbalop
EURCAD telah melakukan satu mood kenaikan yang signifikan. Ini adalah pattern reversal, maka kita tunggu jauhhhh sikit ke bawah bila pair ini melakukan pembetulan harga.
USOIL atau biasa dipanggil wti...ngam2 masuk ke projeksi zon beli. Kita jangkakan wti akan terus naik meneruskan mood kenaikan sehingga memcapai harga tertinggi dan berkemungkinan akan membuat harga tertinggi baru, bukan Malaysia baru yer geng.
GBPJPY membuat satu trend naik yang signifikan. Pembetulan harga sedang berlaku sekarang. Kita ambil peluang untuk beli semua di level garisan biru Pasang TP dan SL siap-siap.
GBPUSD telah membentuk satu trend menaik yang signifikan. So...kita tunggu untuk pembetulan harga. Lepas tu boleh terbang jauhhhh
USDCAD - harga sampai semula ke kawasan bearish engulfing yang sangat cun. Kita tengok aksinya. Sejauh mana dia boleh terjun.
GBPAUD kita cuba tunggu di sini. dan....bawalah daku pergi
USDJPY akan meneruskan meomentum bearish Kita tunggu untuk jual di harga projeksi TP SL jangan lupa, bubuh siap-siap.
AUDJPY dalam trend menurun. Kita tunggu sikit saja lagi kenaikan untuk buka posisi jual. Kita tunggu dan.....bawalah daku pergi
GBPUSD berada dalam trend menurun. Sekarang ini sedang membuat pembetulan harga untuk mencari order jual yang tertinggal keretapi. Boleh la kita PO jual di atas tu. Kita tunggu harga dannnn...bawalah daku turun.
CADJPY telah membuat satu trend menurun yang signifikan. Kita ada 2 pilihan yang ada untuk buka posisi sell. Persoalan...kenapa tak nak ambil posisi buy. Alasan...kita tidak mahu kejar harga, tetapi kita tunggu harga datang dan bawalah ku pergi. #1 had level harga membuat pembetulan...kita tunggu sebab harga ada buat drop base rally pada harga sebelumnya. #2 itu...
CHFJPY sedang membuat trend menurun yang cantik dan dijangka adalah trend signifikan Jangkaan pembetulan harga akan berlaku. Kita tunggu untuk jual pada harga ditandakan
EURUSD dalam trend menaik Kita folo saja dan PO pada harga ditandakan TP juga di tandakan. Alasan - trend menaik bermakna harga akan cuba memecahkan harga tertinggi sedia ada untuk membentuk harga tertinggi baru.
GBPJPY 4H menunjukkan satu trend menaik yang signifikan. Kita PO beli di zon ditandakan.
EMAS mencapai harga di bahagian rintangan dimana carta dibelakang wujudnya kawasan breakout. Ditambah lagi wujud juga base yang ditandakan dengan 2 garisan biru. Selamat berjuang
UZMA menunjukkan satu trend menaik yang signifikan Kita tunggu jer pada pembetulan harga trend menaik tersebut. Peluang beli