Berdasarkan kepada carta cadchf 4 jam. harga mula menampakkan petanda berbalik arah. Lama betul cadchf ini turun bukit, macam sekarang nak naik bukit pulak. Kita tunggu di zon pembetulan harga untuk buat belian. Jaga-jaga cik salmah.
Cuba anda perhatikan carta QES. Momentum meningkat memang angat ketara. Saya cuba mengenalpasti di mana akan berakhirnya pembetulan harga. Agak anda mana yang paling sesuai untuk harga menamatkan fasa pembetulan. 1 atau 2. Saya pilih 1. Anda?
SLP Res ni memang cantik. Lama betul dia dalam keadaan sideway, dah akhirnya membuat harga terendah. Buat masa ni kaunter ini berada dalam momentum meningkat, dan berpeluang untuk mencapai paras rintangan semasa. Kita sesiap jer tunggu dia buat pembetulan harga, jadi tunggulah daku dan bawalah daku pergi bersama.
Berdasarkan carta sersol, harga adalah dalam mood meningkat. Elakkan daripada mengejar harga, kita tunggu sahaja harga membuat pembetulan. Nampaknya kita telah berjaya mengenalpasti zom pembetulan harga. Siap sedia untuk meningkat bersama dan menuju puncak baru.
Carta senheng cantik betul. Ketika ini harga betul-betul berada di paras sokongan semasa dan merupakan harga terendah sepanjang masa. Adakah senheng akan melantun kembali mencari paras rintangan semasa. Pengambil risiko boleh mencuba membeli dengan kadar risiko yang rendah.
Berdasarkan carta, harga minyak brent menunjukkan mood penurunan. Dan harga sekarang adalah harga pada cubaan kedua untuk memecahkan paras rintangan. Adakah cubaan kedua akan berjaya. Mungkin cubaan yang gagal. Kalau lah gagal, sudah pasti harga akan menjunam dan akan mencari paras sokongan sedia ada. Untunglah kita, harga minyak ron95 juga mungkin boleh turut turun.
fcpo nak kemana agaknya anda rasa. nampak seolah berada dalam zon sideway. Adakah akan memecahkan paras rintangan, yang sudah dua kali cuba dipecahkan. Adakah akan mencari paras sokongan sebelumnya. Cer komen sikit.
Berdasarkan carta, picorp telah membina momentum kenaikan. Asas belian kita adalah pada tahap berlakunya pembetulan harga. Memang lama gamaknya nak menunggu. Simpan sahaja carta ini untuk persediaan akan datang, kot kot la sampai
Berdasarkan analisa, agak lama lagi eu akan membuat pembetulan harga. Seeloknya kita akan beli di zon sokongan di bawah tu. Untuk makan sikit2, boleh mula, kita bersedia di paras sokongan atas. kena cepat2 lari sbb nanti dia akan terus terjum ke bawah. Bagusnya kita jual dulu la, sampai ke paras sokongan yang bawah.
carta nzdjpy menunjukkan situasi penurunan. Mood penurunan ini ditunjukkan dengan momentum yang sangat kuat. Jangan susah hati, ada peluang kita untuk terjun bersama. Sabar dulu. Kita tunggu di zon snr yang sangat ketara.
Berdasarkan carta, saham topglove adalah dalam mood menaik dalam jangkamasa sederhana. Harga terkini nampaknya telah memecahkan tahap rintangan. Kita bersedia menunggu harga membuat pembetulan.
Berdasarkan analisa, kelihatannya emas cenderung utuk turun. Paras pembetulan harga telah pon sampai di zon permulaan penurunan. Berlakunya double top. Sediakan pelur
wti dah masuk zon penamat pembetulan harga. Adakah mungkin pembentukan double top juga di situ. Bar 2 terakhir pula menunjukkan pembentukan bar doji petanda akan berlakunya pembalikan harga. Mungkin sesuai untuk jual di situ
carta emas menunjukkan harga yang berterusan menurun. Sekiranya harga tidak berjaya melepasi paras sokongan, jangkaan adalah akan berlakunya pembetulan harga. Kita akan mengikut arus untuk terus jual. Buat jual di zon jangkaan berlakunya pengakhiran pembetulan harga. Tungggu di zon.
Emas sememangnya dalam fasa menurun sekarang. Kita boleh buat jual pada paras penamat pembetulan harga. Kita bersedia di zon.
Seperti jangkaan, GU terus menurun dan menunjukkan dollar US terus kukuh. Jom sama-sama berjuang bersama penjual. Kita tunggu harga mengkhiri fasa pembetulan. Kalau harga sampai di zon, boleh bersedia untuk jual. Memandangkan zon jual tu jauh lagi, boleh la buat beli secara berhemah untuk memenuhkan kantung. Barang diingat, bila masuk, cepat-cepat keluar.
GBPUSD nampaknya meneruskan penurunan berpanjangan. Misi kita adalah seiring dengan pasaran yang jatuh dan ambil peluang untuk buat jual. Kita tunggu di paras rintangan terkini, dengan menunggu pasaran menghabiskan fasa pembetulan harga. Kita jual di paras rintangan.
Secara jangka panjang, emas masih lagi menunjukkan ia berada di fasa penurunan. Penandaan berdasarkan kepada analisa trend, memungkinkan akan berlakunya fasa pembetulan harga dan terus terjun. Berkemungkinan juga emas tidak melalui fasa pembetulan sempurna, bermaksud hanya berlaku fasa pembetulan dalam jangkaan sederhana kerana momentum penurunan sangat...