Pergerakan harga agak mendatar untuk beberapa bulan lepas. Pada 9 Ogos, boleh diperhatikan ada percubaan melepasi 52W namun harga kemudiannya berehat kembali. Perlu diperhati semula kemana arah tuju pergerakan seterusnya. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga telah berjaya melepasi garisan downtrendline. Menarik untuk diperhatikan dua perkara berikut: a) Harga terus bergerak melepasi ATH atau b) Harga berlegar semula di channel trendline Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Berdasarkan carta harga telah melantun di garisan trendline pada pertengahan Ogos. Volume yang besar masih belum kelihatan. Andai ada peningkatan permintaan, aras-aras yang perlu diperhatikan adalah garisan yang bertanda. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Drama politik yang masih belum berkesudahan sedikit sebanyak telah merencatkan pergerakan saham-saham lokal. Dari sudut teknikal, DNEX masih menunggu penolakan momentum yang kuat bagi meneruskan kenaikan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Dari segi pergerakan harga, saham masih dalam fasa menaik dan ada pembentukan corak segi tiga. Dapat dilihat ada peningkatan minat terhadap syarikat ini pada pertengahan bulan Julai (jumlah dagangan yang lebih tinggi dari purata). Tidak pasti jika harga akan mampu terus menaik, cuma boleh diperhati perkembangan selanjutnya terhadap corak yang wujud pada masa...
Mampukah APB terus melonjak setelah melantun di garisan trendline dan memecahkan corak segi tiga misteri? Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga telah melepasi rintangan tertinngi dalam setahun (52W). Berdasarkan corak terdahulu, aras yang ditanda adalah kawasan rintangan yang seterusnya. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Kelab gergasi Eropah, Manchester United telah menandatangani beberapa pemain baru untuk musim yang akan bermula tidak lama lagi. Dengan hasil penjualan tiket dan jersi pemain baru, adakah mungkin akan berlaku lonjakan terhadap permintaan syarikat ini. GGMU! Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Mengikut pergerakan, harga masih lagi berlegar di aras RBS (rintang bertukar sokongan). Ada minat yang menaik dari para pelabur berdasarkan jumlah dagangan yang melonjak. Momentum harus kekal bertahan untuk kenaikan yang berikutnya. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga dilihat telah berjaya menembusi EMA 50 harini. Dari sudut corak, harga telah melepasi downtrendline. Jika diperhati sebelum ini, harga juga telah membuat pantulan di garisan trendline. Mungkinkah ada kemanisan di sebalik kegusaran rakyat? Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Sektor yang sama, corak yang sama, potensi yang sama? Mungkin agak rumit, tapi begitulah yang berlaku pada saham-saham sektor besi. "Tiada siapa dapat meramal harga di masa hadapan, tetapi kita semua boleh bersedia dengan rancangan tersendiri". Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Usahlah kita bersambil lewa terumbang ambing dalam hal yang sia-sia. Melewar dilihat sedang mengambil nafas seketika di paras SBR. Sebarang pantulan di aras sokongan garisan trendline mungkin menunjukkan wujudnya lagi permintaan terhadap syarikat/sektor ini. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Dari sudut teknikal, harga telah melepasi rintangan downtrendline dan kini berada di paras SBR. Menarik untuk diperhatikan adakah permintaan terhadap kaunter ini benar-benar sahih atau hanyalah sekadar gimik. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Pergerakan harga dalam keadaan zig-zag di antara dua garisan trendline yang dilakar. Harus diperhatikan adakah akan wujud permintaan tinggi bagi menolak harga melepasi paras atas trendline. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga sekarang berlegar-legar di paras sokongan gap. Paras ini harus bertahan bagi harga untuk meloncat lebih jauh. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Dari sudut pergerakan setahun, harga dilihat masih dalam keadaan menaik. Untuk potensi kekal utuh, harga harus menutup ruang 'gap' yang wujud selepas 24 Jun. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Sektor teknologi melawan arus dikala indeks dihentam gelora politik dan bahana virus. Adakaha momentum cukup kuat bagi INARI untuk menongkah arus melepasi paras rintangan tertinggi? Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Di saat negara dilambung gelora politik, SAM dengan slumber menongkah arus membuat kenaikan tertinggi dalam sejarah. Masihkah ada harapan buat pelabur marhaen menitip sekelumit modal mereka dalam syarikat ini? Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.