Pergerakan masih lagi dalam keadaan menaik selepas volume besar yang muncul dalam sebulan terdekat. Berdasarkan pergerakan sekarang, harga kemungkinan akan mencari HL (paras rendah tinggi) yang baru. Harus diperhatikan adakah wujud lantunan di paras fibo yang kritikal. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Struktur pergerakan harga masih dalam keadaan menaik dengan pembentukan HH dan HL. Harga kini berada di persimpangan HL dan paras RBS. Dengan pembentukan corak segi tiga juga, ada kemungkinan harga akan melantun jika wujud momentum positif. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga sedang mencuba membuat kenaikan setahun tertinggi pada hari Jumaat. Mungkin para pedagang Friday's Rule akan memerhati rapat pergerakan saham ini. Namun risiko harus dikawal dimana sokongan terdekat mungkin di paras RBS. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Sektor pengangkutan dan logistik membuat lonjakan akhir-akhir ini. Pergerakan harga secara kasar masih dalam keadaan mendatar. Namun dengan penembusan garisan menurun dan jumlah dagangan yang agak besar, mungkin ada potensi untuk harga ini melonjak. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Harga telah berjaya menembusi paras rintangan yang agak kuat pada 6 Oktober. Dengan peningkatan keputusan kewangan yang begitu memberangsangkan, ada potensi untuk harga saham terus melonjak ke atas. Namun, paras sokongan terdekat harus ditentukan untuk mengawal risiko. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Syarikat terlibat dalam pembuatan dan penjualan barangan besi dan sedang membuat peningkatan dari sudut keuntungan. Harga masih dalam keadaan menaik namun wujud rintangan besar seperti bertanda yang harus ditembusi untuk maju ke hadapan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Syarikat terlibat dalam perkhidmatan teknologi maklumat dan berhubung rapat dengan industri insurans. Dari sudut teknikal, terdapat pembentukan corak segi tiga dan harga masih cuba memecahkan corak ini. Wajar diperhatikan adakah akan wujud momentum positif untuk menolak harga terus ke atas. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan...
Harga masih dalam trend menaik dan telah memecahkan garisan menurun pada 4 Oktober dengan jumlah dagangan yang agak kuat. Potensi kenaikan masih ada sekiranya harga mampu bertahan di paras garisan breakout pada sekitar 0.89. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Ada kemungkinan harga akan cuba mencari paras rintangan sebelum ini (sekitar RM 0.40) berdasarkan corak bawah bulatan. Laporan suku tahunan juga kelihatan baik namun tidak mustahil harga boleh bergerak sebaliknya. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Masih samar-samar pergerakan mendatang untuk SUPERLN. Bentuk corak yang terbentuk seakan menunjukkan masih ada potensi namun laporan suku tahun terkini tidak begitu memberangsangkan. Mungkin wajar diperhati adakah paras sokongan sekarang mampu bertahan dan adakah rintangan garisan atas trendline dapat ditembusi. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah...
Pergerakan harga dalam keadaan menaik dan berada dalam saluran yang agak selari. Perlu dipantau jika harga akan mencari higher low yang baru dan mampu bertahan untuk potensi selanjutnya. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan saranan beli atau jual.
Pergerakan harga masih lagi mendatar namun corak yang terbentuk dilihat seakan sama dengan corak rakan-rakan seperjuangan dalam sektor yang sama (plastik). Jika belum ada momentum baru harga kemungkinan akan terus mendatar, namun masih menarik untuk diperhatikan arah pergerakan selepas ini. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis...
SCGM mengumpul tenaga? Laporan suku tahun terkini menunjukan perkembangan positif untuk syarikat di mana jualan dan keuntungan masing-masing menunjukkan peningkatan. Dari sudut teknikal, harga masih meniti di garisan trendline dan ada pembentukan corak panji (pennant). Boleh diperhatikan adakah akan wujud momentum baru untuk menolak harga ke paras...
Mampukah ANCOM meneruskan loncatan ke paras kuning yang bertanda? Pergerakan sebelum ini telah mematuhi corak bahagian bawah bulat (rounding bottom) di mana harga telah sampai ke puncak mahligai bahagia. Terdapat satu lagi corak yang wajar diperhatikan iaitu corak bendera di atas. Namun tiada siapa dapat meramal adakah destinasi kedua ini mampu dicapai atau...
Syarikat terlibat dalam bisnes pembuatan tin dan mencatatkan sedikit peningkatan dalam laporan suku tahun yang terbaru. Dari sudut teknikal, harga sedang melakukan kenaikan dari penghujung bulan Ogos. Boleh diperhati rapat jika ada pembentukan corak carta untuk tindakan susulan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan...
Harga telah berjaya melepasi paras tertinggi dalam setahun pada hari Jumaat. Teknik Hari Jumaat mungkin diguna pakai oleh segelintir pedagang. Mungkin juga ada yang akan berminat dengan corak cawan yang telah terbentuk dan berjaya ditembusi. Apapun strategi yang diguna, harus beringat untuk mengawal risiko. *Jumlah saham yang didagangkan agak berat (3.6+...
Siri mencari sahabat dalam corak pergerakan QES. Harga dilihat sedang cuba melepasi paras trendline di mana jika paras ini berjaya dilepasi ada kemungkinan pergerakan berikutnya dalam jaluran di paras atas. Namun, jika wujud anasir jahat dari luar tidak mustahil harga akan berpatah kembali merajuk di jaluran bawahan. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah...
Berdasarkan anjakan Fibonacci sebelum ini, harga telah berjaya melepasi paras 0.786 dan 1 tetapi tidak mampu meneruskan kenaikan melepasi paras 1.618. Sokongan sedang dibuat di paras 1 semula. Perlu diperhatikan adakah harga mampu melonjak semula atau akan berehat lagi di paras bawah. Disclaimer: Segala analisis di sini hanyalah kajian peribadi penulis dan bukan...