Setelah cubaan kali pertama memecahkan rintangan harga 0.405 tidak berjaya, kali ini GFM dilihat berjaya memecahkan harga tersebut untuk meneruskan kenaikan. Harga sasaran seterusnya adalah RM0.720.
Setelah berjaya memecahkan rintangan pada 0.765, DNEX dilihat kekal berada di atas sokongan 0.765 dan cuba mencapai harga sasaran RM1.20. Mampukah DNEX mencapai harga ini? sama-sama kita lihat
Setelah lama bergerak secara sideway, kini JKGLAND dilihat cuba bergerak menaik ke atas. secara teori, stockhastic menunjukkan bullish signal.
XIANLNG dilihat naik sehingga 158% dalam tempoh kurang 2 bulan dan mencipta harga tertinggi untuk tempoh 10 tahun..ianya dilihat semakin lemah untuk meneruskan kenaikan. Anggaran XIANLNG akan membuat penurunan harga secara perlahan lahan.
Astino telah berjaya memecahkan rintangan 0.980 dan kini cuba kekal berada diatas sokongan 0.980..sekiranya harga bertahan diatas sokongan ini, maka dilihat Astino kuat akan mengubah arah pergerakan ke arah menaik.
Keyasic akhirnya BO setelah berjaya memecahkan trendline & bergerak secara sideway di atas trendline. Mampukah keyasic meneruskan kenaikan?harga sasaran 1 adalah 0.200.
Setelah beberapa kali cubaan memecahkan rintangan di 0.470, kini OCK dilihat berjaya memecahkan rintangan tersebu. Ianya sekaligus menukarkah arah dari sideway kepada menaik.
REVENUE dilihat BO dengan volume yang tinggi seterusnya berjaya menembusi rintangan terdahulu (garisan hijau).. sasaran seterusnya untuk jangkamasa panjang adalah 3.00.
Setelah bergerak secara sideway selama beberapa bulan, Dolphin telah menunjukkan confirmation BO apabila melepasi harga 0.100.. Adakah harga dapat bertahan di atas 0.100?
YGL dilihat cubaan menembusi trendline pada kali kedua untuk 2021 ini. Kali pertama pada 8 Febuari 2021 namun, ianya gagal bertahan. Pada hari ini (16/2/2021) dilihat kali kedua cubaan untuk menembusi trendline tersebut. Sasaran harga seterusnya adalah 0.250
Seteleh bergerak hampir sebulan, kini DPS telah menampakkan perubahan arah trend kepada menaik. Ianya berjaya menembusi trendline dan pada 15/02/2021, ianya breakout dengan volume yang tinggi. Sasaran seterusnya menuju ke 0.200
CJCEN dilihat telah berjaya memcahkan rintangan pada 0.510 dan dilihat akan meneruskan kenaika setelah agak lama bergerak secara sideway. Jangkaan harga akan menuju ke 0.700
Mengikut trend, CHEETAH dalam landasan menaik mengikut channel. Ia dilihat kuat selagi tidak terkeluar dari trend channel tersebut
EDARAN telah membuat cup & handle pattern dan dilihat telah berjaya memecahkan handle tersebut. Ia melantun pada sokongan MA20 dan berdasarkan stochastic, dilihat bullish signal dan akan terus menunjukkan kenaikan. Trend midterm
Setelah berjaya memecahkan rintangan lama di 0.810, AEMULUS dilihat bertahan di tapak kuat 0.810 dan kali ini dilihat cuba memecahkan triangle trendline di harga 0.920. Stockhastic dengan bullish signal, mampukan AEMULUS memecahkan trendlines ini.
Setelah berjaya memecahkan trendline, SCOPE dilihat bergerak secara sideway dan bertahan pada trendline. Pada hari ini dilihat volume telah masuk. adakah SCOPE berjaya naik terus ke atas. Sama-sama kita saksikan
Setelah cuba memecahkan triangle pada 22 jan 21, kali ini LIONIND dilihat cuba sekali lagi untuk memecahkan triangle pattern tersebut. Kali ini cubaan melantun dari MA50 yang dilihat kuat. Stochactic juga nampaknya menunjukkan bullish signal (mencapah ke atas). Mampukah LIONIND memcahkan triangle pattern kali ini.
Setelah bergerak secara sideway selama beberapa minggu, JAYCORP cuba memecahkan triangle..Berdasarkan fibonacci retracement, harga sasaran seterusnya adalah 1.950. pelaburan adalah untuk jangkamasa panjang.