ANCOM dilihat telah melantun dari garisan MA50 (garisan warna hijau) dan nampaknya mungkin akan memecahkan harga 52 minggu tertinggi. Harga 1.720 dilihat entry yang selamat bagi kaunter ini.
Berdasarkan carta harian, 3A dilihat masih berada dalam trend menaik. keadaan stochastic yang masih belum overbought, berkemungkinan kaunter ini akan naik lebih tinggi lagi. Trend seperti mengikuti garis sokongan (trendline warna kuning)
Kaunter KGB dilihat akan meneruskan kenaikan dan 1530 dilihat entry yang selamat bagi kaunter ini. Stocastic yang masih bawah mengurangkan risiko untuk memasuki kaunter ini. Kaunter ini adalah untuk pelabur yang suka melabur untuk jangkamasa yang panjang.
Kaunter yang mempunyai fundamental yang sentiasa untung dan mempunyai rekod pendapatan bersih yang menguntungkan ini terus naik seolah-olah tiada rintangan. Kaunter ini adalah kaunter yang agak mahal jika dibandingkan dengan kaunter lain.
Berdasarkan carta harian, dilihat IBHD berkemungkinan akan menyambung kenaikan. Berdasarkan stochastic yang masih lagi dibawah, adalah risiko rendah sekiranya baru nak masuk ke kaunter ini. 0.450 dilihat entry yang selamat dan kurang berisiko bagi kaunter ini.
IQGROUP dijangka akan meneruskan kenaikan. Volum menunjukkan minat belian yang tinggi menjadikan ianya terus naik. Dengan keadaan stochastic yang telah overbought meletakkan risiko ke tahap yang maksima bagi kaunter ini.
HIGHTEC terus naik seperti tiada rintangan. Berkemungkinan akan menjadi seperti carta TAFI. Terus naik dan naik. Keadaan Fundamental yang bagus, membuatkan kaunter ini menjadi pilihan bijak bagi pelabur yang telah memasuki kaunter ini.
Berdasarkan volum, GESHEN dijangka akan meneruskan kenaikan. Keadaan stochastic yang masih belum overbought, meminimumkan risiko bagi pelabur yang masih belum memasuki kaunter ini. Sama-sama kita saksikan ianya pada minggu hadapan.
Berdasarkan volum, BSLCORP nampaknya cuba bertahan pada harga sekitar 1.500. Dijangka akan meneruskan kenaikan dan 1.390 mungkin entry yang terbaik bagi kaunter ini.
Walaupun sudah naik agak tinggi, namun BPPLAS dijangka akan meneruskan lagi kenaikan. Dengan memecahkan harga 52 minggu tertinggi, ianya seolah olah tiada rintangan untuk meneruskan lagi kenaikan. Berdasarkan volum yang tinggi, berkemungkinan BPPLAS akan naik dengan stabil
Setelah naik dan berehat seketika, BINTAI dijangka akan menyambung semula kenaikan dan 0.485 dilihat entry yang selamat bagi kaunter ini. Harga sasaran seterusnya adalah 0.550
Dengan keadaan stoctastic yang sudah overbought, risiko amat tinggi sekiranya baru nak memasuki kaunter ini. Keadaan carta yang sentiasa hijau mu ngkin akan memerangkap retailer.
PESTECH nampaknya ada petanda untuk naik dengan lebih tinggi lagi. Keadaan stochastic yang sudah overbought adalah risiko yang tinggi sekiranya baru nak masuk ke kaunter ini. 1.040 dilihat entry yang kurang berisiko sekiranya baru nak masuk ke kaunter ini.
NGGB seperti harimau yang baru dikejutkan dari tidur. Volum belian awal yang tinggi berkemungkinan petanda awal kebangkitan dari sideway kepada trend menaik. 0.710 dilihat entry yang selamat dan kurang berisiko sekiranya baru nak masuk ke kaunter ini.
Berdasarkan kepada volum belian yang tinggi, kaunter MMSV dijangka akan membuat kenaikan dalam tempoh yang singkat. keadaan stochastic yang dilihat oversold berkemungkinan risiko yang rendah sekiranya baru nak memasuki kaunter ini.
Berdasarkan vulum yang sudah mula masuk, dijangka kaunter HARNLEN akan membuat kenaikan minat belian agak tinggi menyebabkannya naik. 1.310 dilihat entry yang kurang berisiko bagi kaunter ini. Harga sasaran seterusnya adalah 1500.
FREIGHT kini menampakkan trend mula nak menaik. keadaan volum yang baru meningkat naik, dijangka ianya akan naik ke satu harga yang lebih tinggi lagi. 0.785 adalah entry yang dilihat agak selamat dan kurang berisiko bagi kaunter ini.
Setelah bergerak secara sideway selamahampir 6 bulan, kini EMICO mula menampakkan ciri-ciri untuk bangun. Dengan keadaan volum yang kian banyak, dijangka EMICO akan meneruskan kenaikan lagi. 0.345 adalah entry yang dilihat selamat dan kurang berisiko.