Berdasarkan carta harian, dilihat MUH telah memecahkan rintangan 0.820 dan kini dilihat cuba bertahan di atas harga ini. Sekiranya berjaya bertahan, dijangka ianya akan meneruskan kenaikan kerana dilihat ianya sudah ada momentum pembelian.
0.160 hingga 0.170 dilihat menjadi sokongan kuat bagi kaunter PICORP. Berdasarkan keadaan stochastic yang mula mencapah ke atas, dijangka PICORP akan meneruskan kenaikan.
0.135 dilihat menjadi sokongan kuat bagi kaunter ini dan dijangka akan membuat kenaikan semula setelah rebound pada harga tersebut. Sekiranya bocor 0.135, dijangka MERIDIAN akan meneruskan penurunan.
0.130 dilihat menjadi sokongan kuat bagi kaunter ini dan dijangka akan membuat kenaikan semula setelah rebound pada harga tersebut. Sekiranya bocor 0.130, dijangka KOMARK akan meneruskan penurunan.
Berdasarkan volum dan pembelian pada hari Jumaat lepas sehingga Limit Up, BIG dijangka akan meneruskan kenaikan dan berkemungkinan memecahkan harga tertinggi sepanjang hayat iaitu 1.100
Berdasarkan carta sebelum ini, 4.04 dilihat menjadi sokongan kuat bagi kaunter TOCEAN dan pada kali ini dijangka harga akan turun ke harga sokongan tersebut sebelum membuat kenaikan semula.
Kaunter TRIMODE dijangka akan meneruskan kenaikan kepada harga yang lebih tinggi. berdasarkan harga semasa, ianya telah membuat harga tertinggi sepanjang hayat dan dijangka akan pergi lagi tinggi. Ini kerana keadaan stochastic yang masih lagi belum overbought.
Kaunter yang mempunyai fundamental pendapatan yang baik untuk ketiga-tiga suku tahun ini dilihat membuat kenaikan yang lebih 70% untuk tempoh kurang dua minggu. Berdasarkan pendapatan syarikat, harga seunit saham mungkin akan pergi lagi tinggi.
Kaunter JETSON mula menampakkan peningkatan volum yang menandakan ianya sudah ada minat belian yang tinggi. Telah breakout dan kini sedang membuat pembetulan harga. Berdasarkan volum, ianya dijangka akan naik tidak lama lagi.
0.180 dilihat menjadi sokongan yang kuat bagi kaunter PRIVA kerana harganya yang dilihat cuba bertahan di atas harga 0.180. Sekiranya dapat bertahan dengan lebih lama di atas harga ini, berkemungkinan ianya akan menyambung kenaikan tidak lama lagi.
MA50 dilihat menjadi sokongan kuat bagi kaunter CENSOF yang mana dalam tempoh 2 bulan, sudah 2 kali harganya cuba menguji sokongan MA50. Sekiranya harga berjaya bertahan di atas MA50, dilihat, kaunter ini akan menjadi kaunter yang perlahan-lahan menaik. Risiko pembelian nampaknya aga rendah.
4.430 dilihat menjadi sokongan yang kuat bagi kaunter DUFU. Pada hari ini, ianya masih kekal bertahan di atas harga 4.430. Dijangka akan membuat kenaikan tidak lama lagi sekiranya berjaya bertahan di atas harga sokongan ini.
Kaunter KIALIM telah menunjukkan petanda untuk mula mendaki. Berdasarkan volum pada 18 Jun dan 21 Jun, dilihat ianya mula menunjukkan minat belian yang tinggi. Dijangka akan meneruskan kenaikan tidak lama lagi.
Kaunter WONG yang dilihat sentiasa mendaki dan MA20 dilihat menjadi sokongan kuat bagi kaunter ini. Berdasarkan harga pada hari ini, WONG nampaknya cuba melantun pada sokongan MA20.
Kaunter yang mempunyai fundamental untung, nampaknya kini sedang membuat pembetulan yang mana 0.350 dilihat menjadi sokongan kuatnya. Dengan keadaan stochastic yang sudah oversold, dijagka MESTRON akan kembali mendaki tidak lama lagi.
Kaunter Mestron dilihat berada pada harga sokongan yg terendah dan dijangka akan mengalami kenaikan dalam tempoh tidak lama lagi.
Pada minggu ini, kaunter yang berkait dengan besi menunjukkan kenaikan. MELEWAR tidak ketinggalan sama sekali. Ianya dilihat akan kekal momentum menaik sekiranya dapat bertahan di atas harga 0.590 dan sekiranya baru nak masuk (EP) seeloknya menunggu pada harga 0.590 tersebut.
Setelah melepasi harga rintangan 0.720, kini MASTEEL dilihat berpotensi untuk meneruskan kenaikan ke sasaran harga berikutnya iaitu RM1.00. Sesuai dengan tema besi, kesemua kaunter besi menunjukkan perubahan positif (menaik) untuk beberapa minggu ini.