Perkongsian sekadar latihan untuk memantapkan asas pengenalan kepada struktur sesuatu carta. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan.
AWANTEC kembali melakukan kenaikan pada sesi dagangan hari ini untuk meneruskan perjalanan menuju ke high terdekat di 0.505 (jangkaan). Harga tertinggi dalam setahun (52wh) bagi kaunter ini adalah pada harga 0.535, 13.76% dari harga semasa. Pandangan saya kaunter ini menarik untuk diperhatikan dalam cubaannya untuk memecahkan paras 52wh. Penafian: Penulisan ini...
G3 pada ketika ini berada di kawasan paras sokongan yang kuat. Namun sekiranya bocor paras ini, maka kaunter ini nampak tidak menarik lagi. Perhatikan volume didagangkan di kawasan ini dan perhatikan juga kemunculan bullish candle untuk mengesahkan lantunan ke atas. Indikator stochastic menunjukkan kaunter ini sudah berada pada zon oversold. Penafian: Penulisan...
Kaunter yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan sarung tangan getah di Malaysia ini meneruskan kejatuhannya pada hari ini. Ianya masih belum berjaya untuk naik semula ke atas MA20 dan berkemungkinan turun ke paras sokongan seterusnya. Rujuk fibo seperti yang ditunjukkan di dalam carta untuk idea paras sokongan seterusnya. Penafian: Penulisan sekadar...
ECOWLD sebenarnya jika dilihat mempunyai masa depan yang agak cerah namun perlu kembali didagangkan di atas garisan downtrend seperti yang dilukis di dalam carta untuk mengesahkan penukaran trend. Ketika ini kita lihat kaunter ini sedang cuba bertahan di paras SBR dan berkemungkinan bocor sedikit untuk menyiapkan tapak yang kukuh. Pemulihan sektor pembangunan pada...
MAHSING dilihat agak cantik dengan berlakunya persilangan antara MA20 dan MA50. Hala tuju kaunter ini jelas akan ke atas sekiranya berjaya melepasi awan ichimoku. Volume hari ini juga menunjukkan petanda positif kerana melebihi moving average. Harga sekarang juga dilihat berada di kawasan paras sokongan untuk melakukan entry dan MA20 juga sesuai untuk dijadikan...
Meskipun ARBB pada hari ini didagangkan dengan bearish candle, namun menunjukkan seolah-olah kaunter ini sedang menguji kekuatan MA20 sebagai sokongan dengan volume yang rendah dan terdapat lantunan di sekitar kawasan MA20. Sekiranya ianya masih mampu bertahan di atas MA20, kaunter ini dilihat menarik untuk melakukan entry dengan sasaran paras rintangan seterusnya...
OPCOM Holdings Berhad merupakan syarikat yang terlibat dengan penghasilan kabel fiber optik di Malaysia. Pada hari ini, ianya dapat menembusi garisan MA20 dan seterusnya ditutup di atas MA20 sebagai paras sokongan terdekat. Mengikut anjakan fibo, paras 0.645 merupakan paras rintangan terdekat yang perlu ditempuhi dan boleh dijadikan sokongan sekiranya berjaya...
SCNWOLF buat masa ini berada pada paras 0.240 yang mana merupakan paras rintangan yang kuat pada pandangan saya. Melihat kepada jumlah dagangan yang didagangkan bagi kaunter ini pada hari ini, ianya masih belum mampu untuk memecahkan rintangan ini. Namun, jika esok terdapat jumlah dagangan besar, maka segalanya tidak mustahil untuk memecahkan rintangan ini dan...
BINTAI pada pandangan saya perlu kembali melepasi garisan MA200 dan bertahan di atasnya untuk meneruskan perjalanan ke atas. Ketika ini, MA200 dilihat sasaran utama sebagai paras rintangan kuat dan terdekat. Trend sekarang dilihat masih lagi sideway dan jika tidak berjaya melepasi MA200, kemungkinan akan turun mencari paras sokongan baru. Penafian: Penulisan...
SENDAI pada hari ini berjaya didagangkan di atas mid BB dengan volume melebihi moving average. Jangkaan TP awal adalah pada paras 0.290 iaitu paras upper BB dan seterusnya 0.300 sekiranya masih mempunyai momentum. MACD juga menunjukkan tanda-tanda minat belian terhadap kaunter ini. Penafian: Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran.
Syarikat yang dikenali rakyat ini nampak sedang gigih mendaki untuk menuju ke arah paras All Time High (ATH) iaitu pada paras 4.190. Paras tersebut boleh dijadikan RBS untuk melakukan entry namun harus berhati-hati. Jangkaan sekiranya berjaya melepasi ATH akan menuju ke garisan trendline seperti yang dilukis di dalam carta. Kedua-dua indikator stochastic dan MACD...
Melihat kepada candle yang terhasil dengan volume hari ini seolah-olah ianya hanya anomali. Walaubagaimanapun, jangkaan ianya akan turun ke paras sokongan sekitar 0.520 atau sekitar MA20 sebelum mencari hala tuju seterusnya. Pastikan anda entry berdekatan paras sokongan dan mengambil kira risk & reward kaunter ini. Penafian: Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
MESTRON pada hari ini dilihat berjaya memecahkan rintangan All Time High di paras 0.290 namun tidak berjaya untuk kekal di atas paras tersebut. Adakah akan ada percubaan untuk meneruskan kenaikan pada esok hari? Sama-sama kita nantikan. Paras 0.290 adalah paras RBS terdekat bagi kaunter ini. Masih ada ruang kenaikan berdasarkan stochastic. Penafian: Penulisan...
MGRC sangat tidak mengecewakan apabila berjaya kembali mencecah paras 1.000 dengan peningkatan volume. Melihat kepada stochastic, ianya menarik kerana masih berada pada peringkat awal pembelian. MACD juga telah melihatkan bar hijau dengan garisan mendongak ke atas. Namun, harus diingat bahawa pergerakan yang sihat adalah secara zig-zag. Kenali paras sokongan dan...
REVENUE walaupun nampak seperti cuba bertahan di atas MA20, namun carta menunjukkan seperti tanda-tanda keletihan untuk naik dengan lebih tinggi. Boleh cuba perhatikan sekiranya ianya mampu didagangkan di atas awan ichimoku dan jadikan paras atas awan sebagai sokongan. Momentum yang lebih besar diperlukan untuk menolak ia naik. Penafian: Penulisan sekadar kajian...
ECONBHD pada hari ini dilihat berjaya melintasi MA20 dan juga berjaya memecahkan garisan downtrend seperti yang ditunjukkan di dalam carta. Walaubagaimanapun, satu lagi halangan besar yang mesti dipecahkan adalah MA200. Menurut sejarah, kaunter ini sudah beberapa kali mencuba untuk didagangkan di atas MA200 namun tidak berjaya atau berjaya tapi dalam masa yang...
INNATURE sebuah kaunter yang cantik dan masih dalam fasa uptrend. Adakah ianya sedang dalam perjalanan menuju ke paras harga ia mula didagangkan di Bursa Malaysia? Sama-sama kita nantikan. Secara teorinya, kaunter ini menarik kerana telah berjaya melintasi garisan MA20. Stochastic juga menunjukkan tanda-tanda minat belian terhadap kaunter ini sedang...