Kaunter ini jika dilihat sebenarnya masih mempunyai peluang untuk pergi lebih tinggi. Namun, satu perkara biasa bagi kaunter bergerak secara zig zag sebelum meneruskan kenaikan. Pada pemerhatian saya, ianya mungkin akan mencari EMA6 atau EMA9 sebelum melantun kembali dan meneruskan perjalanan ke atas. Penulisan sekadar kajian sahaja.
INTA sudah boleh mula diperhatikan kerana ianya dilihat bakal menuju ke harga ianya dilahirkan dulu iaitu 0.330. Untuk short, perhati rapat kaunter ini apabila ianya berdekatan dengan garisan EMA6 dan EMA9 untuk melakukan entry. TP di rintangan terdekat terlebih dahulu sekiranya tiada jumlah dagangan yang besar dicatatkan. Sekiranya pecah, entry perlu dilakukan...
Pelbagai onak dan duri perlu dilalui oleh kaunter ini sebelum mencapai harga 50 sen. Pertamanya ianya dilihat perlu melepasi paras rintangan 0.460 sebelum mencuba untuk kembali ke paras 0.500. Berdasarkan indikator seperti yang ditunjukkan, potensi untuk kaunter ini mencuba ke paras 50 sen agak cerah. Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran.
T7GLOBAL ni bukan nak kata tak menarik, cumanya kelihatan ianya sedang mencuba memecahkan halangan yang agak kuat pada paras 0.470 ini. Kemungkinan apabila berjaya melepasi paras ini dengan jumlah dagangan yang tinggi barulah menarik untuk entry bagi yang belum masuk. Paras 0.445 juga dilihat sebagai paras sokongan kuat sekiranya tidak berjaya melepasi...
SMTRACK buat masa ini berada pada paras harga 0.200 iaitu di paras rintangan bagi kaunter ini. Untuk berdagang short, jadikan paras 0.200 sebagai sokongan manakala paras 0.225 sebagai TP terdekat. Jika terus naik, kaunter ini dijangka akan menuju ke rintangan-rintangan seperti yang digariskan. Penulisan sekadar untuk pembelajaran sahaja.
TMCLIFE ni nampak gaya macam nak ke downtrendline tu cuma nya bila masa tidak lah berani saya nak cakap. Semuanya berdasarkan kajian saya yang newbie sahaja. Untuk pelaburan jangka masa panjang mungkin ianya berbaloi kerana fundamental kaunter ini juga agak baik. Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran.
RL dilihat sudah melepasi paras Resistant Become Support (RBS) pada harga 0.535. Paras ini dilihat boleh dijadikan paras sokongan yang kuat sekiranya candle bermain di atas paras ini. Kemungkinan ianya akan mencari kembali harga lahirnya jika berjaya bertahan di atas paras RBS. Penulisan sekadar kajian sahaja.
OCR selagi tidak berjaya keluar dari kotak sideway dilihat kurang menarik kerana berkemungkinan akan terus sideway. Perhati rapat kaunter ini sekiranya berjaya memecahkan kotak dengan jumlah dagangan yang besar. Penulisan sekadar pembelajaran sahaja.
PARLO dilihat masih mampu meneruskan kenaikan dengan TP terdekat dilihat berada pada paras 0.635. Kaunter ini telah pun melepasi paras tertinggi 52WH. Untuk Short term, jadikan paras 52wh sebelum ini sebagai paras sokongan. Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran.
SERBADK mengamuk nampaknya. Memecahkan downtrendline dengan jumlah dagangan yang besar. Rintangan seterusnya adalah pada harga 1.950 dan jika berjaya naik di atas paras 2.00, jangkaan TP pada harga 2.110. Penulisan sekadar kajian sahaja.
HIBISCS salah satu kaunter dalam industri oil & gas dilihat rancak melakukan kenaikan demi kenaikan sejak bulan November yang lalu. Menarik untuk diperhatikan sekiranya berjaya melepasi paras 0.660 ianya dijangka menuju paras 0.710. Walaubagaimanapun, kaunter o&g mempunyai hubungan terus dengan harga minyak dunia. Sediakan trading plan dengan cut loss yang...
MESTRON yang dilahirkan pada harga 0.200 menyaksikan kaunter ini didagangkan sehingga paras 0.215 pada hari Jumaat yang lalu. Jangkaan TP1 adalah 0.225, TP2 0.235 dan TP kaya di harga 0.280. Walaubagaimanapun, yang naik pasti akan turun. Justeru, para pedagang dinasihatkan menjaga paras sokongan masing-masing agar tidak terciduk. Penulisan ini hanya sekadar kajian sahaja.
Kaunter yang memiliki fundamental yang agak baik ini dilihat sedang melakukan retracement setelah naik dengan agak banyak pada minggu ni. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh bocor paras 0.48 sekiranya ingin meneruskan kenaikan. Ianya juga berpeluang untuk kembali melantun di garisan downtrendline seperti yang dilukis. Penulisan sekadar berkongsi pendapat
Melihat kepada pergerakan terkini kaunter ini, jangkaan saya ia akan kembali ke paras 2 ringgit. Namun jangka masa tidak diketahui. Ianya juga dilihat seolah-olah akan membentuk fasa sideway terlebih dahulu sebelum memecahkan paras 2 ringgit. Penulisan sekadar pendapat peribadi.
HWGB pada hari Jumaat lepas dilabel sebagai kaunter yang kejam setelah membuat kenaikan yang banyak pada awal sesi pagi namun dilihat membuang dengan sangat kejam pada jam yang seterusnya. Walaubagaimanapun, jika dilihat pada tf15, ianya seolah-olah bersedia untuk kembali melakukan kenaikan pada Isnin nanti. Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
Kaunter yang disebut-sebut bakal meletup pada minggu lepas nampaknya turun dengan jumlah dagangan yang tinggi. Adakah ianya akan terus turun sehingga ke paras 50 sen? Selagi berada di atas paras 50 sen, kaunter ini dilihat masih menarik untuk diberikan perhatian untuk melakukan kenaikan seterusnya. Penulisan sekadar kajian dan pembelajaran
IRIS tampak seperti tidak ingin turun. Paras sokongan terdekat adalah 0.340. Sekiranya naik, halangan seterusnya adalah 0.400, 0.450, 0.510 dan 0.630. Kaunter ini juga buat masa ini masih berjaya kekal di atas garisan EMA6 untuk berdagang short term. Penulisan bertujuan kajian peribadi sahaja.
MQTECH pada masa ini masih didagangkan di dalam kotak sideway dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk meneruskan kenaikan. Sekiranya berjaya memecahkan kotak tersebut, barulah kaunter ini akan menjadi sebutan para pedagang. Bagi para pelabur, mungkin ini lah masanya untuk mula mengutip ketika masih dalam fasa sideway. Penulisan sekadar kajian sahaja.