Bagi pemegang kaunter XOX, anda pasti sudah masak dengan perangainya yang suka membuang "que" dengan sekelip mata. Lihat sahaja pergerakan harga hari ini. Selepas GDP diumumkan, harga jatuh sehingga RM0.20. Saya pasti ramai yang sudah menjual dalam kerugian kerana tembok sokongan yang kukuh sudah dipecahkan pada RM0.240. Dalam masa beberapa minit sahaja, harga...
Selepas perkhabaran Dato Awang memegang 27% pegangan syarikat Istone, dilihat majoriti pedagang menjual pada berita diumumkan. Kejatuhan sehingga 4 sen dalam masa satu hari. Juga disebabkan pengumuman GDP pada hari ini.
4 hari berturut-turut ditutup dengan batang lilin merah. Hari ini ditutup pada harga RM0.30 disokong oleh EMA22. Khabar angin kuat tentang IRIS "mungkin" pendahulu dalam mendapatkan tender NIIS.
Nama Dato Awang bukanlah satu yang asing bagi pedagang tegar bursa. Hari ini diumumkan beliau telah menjadi salah seorang pemegang saham terbesar ISTONE iaitu sebanyak 27% pegangan. Bulan lepas, kita dapat lihat beberapa kali beliau mendapatkan pegangan dalam kaunter yang baru dalam bursa iaitu OVH. Apakah kesan kepada ISTONE dengan kehadiran nama Awang?
Setiap yang naik, akan turun. Mereka menunjukkan trend yang sama, ketika harga memuncak dan ketika harga menjunam. Dapat dilihat jelas harga menjunam hari ini sekali gus menutup lompong "gap up" yang dibuat sebelum ini. RIP my fallen brothers and sisters.
Kejatuhan harga emas sekali gus menjatuhkan harga NICE. Apa yang menakutkan adalah kejatuhan melebihi 50%. Saya berharap pembaca yang membaca tulisan bukan dari golongan yang "terkena" dengan NICE. "NICE to hold. Broken items considered SOLD"
Support yang kuat pada RM0.20 ketika pasaran dalam fasa penjualan secara berjemaah. Menunjukkan trend menaik mengikut saluran channel. Menganggarkan untuk mencapai RM0.25 setelah RM0.225 dipecahkan.
Kesemua kaunter minyak memecut hari ini. SAPRNG yang jaran-jarang sekali bergerak harganya, berganjak sehingga 70% ke atas. Namun, masih gagal menembusi EMA200 pada RM0.16. Masih adakah esok untuk kaunter ini kembali beraksi atau hanya persembahan satu hari sahaja?
Dengan harga komoditi emas yang melonjak naik akibat kelemahan matawang USD, kaunter-kaunter di pasaran Bursa yang berkaitan dengan Emas turut melonjak ke atas. Selain sektor kesihatan, sektor ini mendapat minat yang tinggi pada minggu dagangan yang lepas. Adakah minggu hadapan kita akan saksikan lebih banyak kenaikan?
Di media massa sejak lebih kurang 2 bulan yang lalu, hangat diperkatakan tentang siapakah bakal memenagi kontrak dengan kerajaan Malaysia untuk National Integrated Immigration System (NIIS). Dikatakan bulan ini akan diketahui keputusannya...ayuh kita nantikan
200% kenaikan dalam masa seminggu. Adakah anda pedagang yang memegang kaunter ini? Analisa apakah yang sesuai untuk kenaikan yang tidak masuk akal begini?
Hampir mustahil untuk membuat analisis teknikal untuk kaunter ini. 300% kenaikan dalam masa 2 hari....apa komen anda yang pakar dengan teknikal?
Setelah sekian lama menyepi dalam fasa pengumpulan, akhirnya berjaya untuk memecahkan tembok. Resistance masih kuat pada RM0.345. Hari ini masih tidak melepasi resistance yang sama.
Selepas 2 hari ditutup dengan candle doji, harini kelihatan volume yang banyak serta minat belian terhadap DOLPHIN. Harga tertinggi harini pada pada RM0.135. Pada pandangan saya, akan meneruskan momentum menaik sehingga RM0.18.
Beberapa hari selepas fasa consolidate seperti idea yang lepas, dapat dilihat support yang kuat pada RM0.285/RM0.29. Hari ini kaunter ini melakukan tujahan sehingga memecahkan resistance terdekat pada RM0.305. Paras tertinggi hari ini pada RM0.34!
Dalam idea saya yang lepas, disebakan QR kaunter ini agak teruk, harga terus jatuh sehingga RM0.40. Ketika saya menulis idea ini, candle telah memecahkan downtrend line nak terus memecut ke atas sehingga 64sen.
Volume pembelian yang tinggi semalam menunjukkan para pelabur berminat dengan XOX. Trendline menunjukkan uptrend. Harus memecahkan resistance pada RM0.29 & RM0.315 untuk jauh ke atas. TP jangka masa panjang @ RM0.40.
Dapat dilihat trend dalam keadaan pengumpulan sebelum terus terbang ke atas. Resistance yang kuat pada RM0.28 masih belum bocor. Hanya menunggu masa untuk memecahkan kebuntuan para pelabur yang memegang kaunter ini.