FauziSaham

Apakah Bahvest bakal membuat kejutan?

MYX:BAHVEST   BAHVEST RESOURCES BERHAD
Bahvest selain mengeluarkan produk Aqua, mereka juga terlibat dengan perlombongan Emas. Apa yang menarik pada saya adalah bisnes emas mereka.

Bawah ini adalah petikan dari Laporan Suku ke-3 bagi Tahun Berakhir 2018 yang dikeluarkan pada 27 Februari 2019.

Mining Operations

The mining operations recorded a revenue and gross profit of RM11.497million and RM2.264million respectively under current quarter. The sales revenue of RM11.497million represents approximately 69.34kgsof net gold sold during the quarter under review while 17.26kgsof net gold was keptunder inventories.The Group started extracting gold from top soil clearing in previous quarter ended 30 September 2018 and has yet to start drilling and mining of the sulphide and oxide rocks/oreat the identified mining sitein current quarter. This explains the low production currentlyas the sulphide and oxide rocks are expected to have much higher gold content.

Revenue and gross profit in Q3 increased to RM11.497 million and RM2.264million respectively as compared to RM1.027 million and gross loss of RM3.346 million recorded in immediate preceding quarter ended 30 September 2018 (“Q2”), representing a substantial increase of 1,019.47% and 167.66% respectively.The substantial increase in sales and production were mainly due to high grade/ volume of gold mined for processing into gold dore bars and also due to the smooth running of the gold mine plant.

Operasi perlombongan mereka menyumbang lebih kurang 50% kepada revenue Bahvest pada Suku ke-3.

Ini pula data produksi emas mereka:

Ogos 18 : 6.406 kg
Sept 18 : 23.69 kg
Okt 18 : 12.96 kg
Nov 18 : 21.58 kg
Dis 18 : 31.52 kg
Jan 19 : 41.23 kg

Kita dapat melihat peningkatan pada produksi mereka. Jika anda ada membaca analisis hala tuju pasaran hadapan emas ( ada di pautan bawah), anda pasti akan mendapat idea kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku pada prestasi Bahvest.

Dari segi fundemental Bahvest ini sangat menarik.

Kemudian kita lihat pula dari segi Analisa Teknikal. Kita mulakan dengan carta mingguan.


Pada carta mingguan kita lihat ia pernah melepasi garisan tren hitam namun ia kembali jatuh. Ini adalah dipengaruhi oleh laporan kewangan dia yang teruk sebelum ini.

Namun pada awal 2019 ia memantul kembali di garisan tren merah dan terus menuju ke atas tanpa belas kasihan. Melihat pada kenaikan tanpa henti nya yang tinggi meningkatkan risiko ia akan patah balik dan membuat pembetulan (correction). Namun dalam masa yang sama kita harus ingat dalam saham ini harga yang tinggi boleh menjadi lebih tinggi.

Justeru itu , kita melihat pada carta harian (carta paling atas) untuk melihat samaada terdapat ruang dan potensi untuk ia meneruskan kenaikan.

Kita dapati baru-baru ini ia membuat corak Pennant dan telah pun melakukan Pennant Breakout pada hari Jumaat lepas beserta volume yang tinggi. Itu satu tanda bullish atau demand yang kuat.

Kita juga dapat lihat ianya menghampiri paras 52 Weeks High. Dan High atau puncak 52 minggu itu terletak disebelah kiri carta. Bilamana puncak 52 minggu berada hampir dengan bahagian kiri carta (untuk tempoh setahun), dan sekiranya harga semasa mampu melepasi High tersebut, ia selalunya akan menjadi permulaan kepada kenaikan yang lebih tinggi. Jadi itu poin ke dua yang kita lihat dari segi teknikal.

Kita boleh lukis dua paras sokongan iaitu di 0.685 dan 0.645.

Jadi dengan segala data di atas sudah mencukupi untuk membantu kita merangka strategi dagangan kita. Sekiranya ia terus melepasi 52 Weeks High maka di situ kita boleh entry. Jika sekiranya ia mengundur dulu kita boleh tunggu dan lihat pada candle dan volume di salah satu paras sokongan untuk membuat keputusan entry. Namun sekiranya ia patah kedua-dua sokongan itu maka kita tahu, ia adalah masa untuk kita menunggu isyarat seterusnya (akan mengambil masa panjang), kerana dengan patahnya kedua-dua sokongan itu menandakan momentum kenaikan terhenti dan dia mahu melakukan pembetulan harga (correction) dahulu (disebabkan kenaikan tanpa henti yang tinggi sebelum ini).

Jadi di atas adalah contoh bagaimana untuk melihat pada Fundamental dan Analisa Teknikal dalam membuat pemilihan kaunter yang kita ingin beli . Diingatkan, ini bukan lah BUY CALL. Segala urusan trade atau dagangan adalah di atas tanggungan dan keputusan anda sendiri.

Komen

Laman Utama Penyaring Saham Penyaring Forex Penyaring Kripto Kalendar Ekonomi Bagaimana ia berfungsi Ciri-ciri Carta Harga Rujuk rakan Peraturan Dalaman Pusat Bantuan Laman web dan Penyelesaian Broker Widget Penyelesaian Pencartaan Perpustakaan Pencartaan yang Ringan Blog & Berita Twitter
Profil Tetapan Profil Akaun dan Pengebilan Rujuk rakan Tiket Sokongan Saya Pusat Bantuan Idea yang diterbitkan Pengikut Mengikuti Mesej Peribadi Sembang Daftar Keluar