MuhammadAlTrader

VIS: Menanti grand spike

MYX:VIS   VISDYNAMICS HOLDINGS BHD
1) Paras sokongan terdekat bagi kaunter ini adalah pada 0.485 dan rintangan pada 0.565 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:3.
2) Kaunter ini menarik perhatian saya kerana percubaan untuk menahan kaunter ini daripada naik pada 0.535 sebanyak 3 kali sebelum ini.
3) Terdapat percubaan untuk memecahkan harga tersebut tetapi ditahan oleh market maker untuk proses pengumpulan lagi.
4) Selain itu, dapat dilihat kaunter bertahan pada 0.505 dan 0.510 selama beberapa hari.
5) Kaunter ini didagangkan diatas MA50 dan baru memecahkan MA20 menandakan trend jangka sederhana dan jangka panjang itu dalam keadaan uptrend.
6) Indikator MACD berada di atas paras 0, tetap masih tidak bersilang antara garisan MACD dan signal. Melihat pada gerakan garisan tersebut pasti tidak lama lagi bakal bersilang.
7) Indikator stoch RSI pula berada pada paras 60, momentum build up berlaku dan bakal meneruskan kenaikan.
8) Bagi moving average MA10 juga bakal bersilang pada MA20 tidak lama lagi dalam masa beberapa hari lagi.
9) Para traders kental, boleh masuk pada harga terkini.
10) Bagi risk averse traders, boleh tunggu harga pecah dan berada atas 0.535 untuk membuat pembelian.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.