MYX:JHM   JHM CONSOLIDATION BHD
Dilihat 24 kali
1
1) Support terdekat bagi kaunter JHM adalah pada paras 0.800 dan resistance terdekat adalah pada paras 0.910. Kaunter JHM sekarang didagangkan pada harga 0.87 dengan risk reward ratio adalah pada nisbah 7:4.
2) Harga kaunter JHM telah mencecah harga 6 bulan terendah pada 3 hari lepas pada 4 Januari 2019 lepas dan menunjukkan terdapat minat belian yang berterusan sehingga hari ini.
3) Harga terkini berada berhampiran MA 20 pada paras 0.900..jika harga dapat menembusi paras 0.900, kaunter JHM berada pada mod mid-term uptrend.
4) MA 50 pula berada pada paras 1.035 dan menentukan trend kenaikan atau penurunan seterusnya. Jika dalam waktu terdekat harga dapat menembusi paras tersebut semestinya kaunter JHM akan terus melakukan kenaikan.
5) Indikator trend dan momentum MACD menunjukkan garisan MACD dan signal telah bersilang pada paras dibawah 0 dan garisan tersebut mencapah keatas.
6) Indikator Stochastic 14, 3, 3 juga telah bersilang pada nilai K dan D dan paras terkini telah berada diatas paras 30 menunjukkan momentum terkumpul dan bertambah.

Komen