FRONTKN menepati ramalan-pecah harga tertinggi 52 minggu

71
Pada 4 julai yang lalu, kajian mengenai FRONTKN telah dikongsi. Harga yang berlegar diatas awan kumo diramal akan meneruskan kenaikan dengan tiga aras target diramal iaitu :

Target 1 : 0.47
Target 2 : 0.495
Target 3 : 0.525

Saat kajian ini ditulis, FRONTKN telah berjaya melepasi ketiga-tiga aras target yang diberi. RSI sudah mula memasuki daerah overbought, kebarangkalian pembetulan harga mungkin akan terjadi. Bagi pedagang jangka masa pendek dan sederhana yang telah membeli saham ini pada harga diskaun, boleh la mula menjualnya. Bagi mereka yang belum membeli saham ini namun berhasrat untuk membelinya, eloklah kiranya untuk bersabar dahulu, perhatikan peluang untuk beli pada harga diskaun di aras sokongan yang mungkin.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.