Frontkn masih uptrend, tetapi hanya jika kita merujuk kepada harga dan bukan volume serta indicator lain. Kalau kita gunakan sekali RSI dan CMF, dengan jelas bahawa kekuatan harga Frontkn sedang melemah, dan ia sedang melalui fasa distribution. Walaubagaimanapun, selagi mana ia tidak pecah sokongan 800, Frontkn masih boleh dianggap sebagai mempunyai harapan, walaupun nipis. Jika 800 sen pecah, sokongan kritikal seterusnya adalah pada 720. Jika 720 pecah, kita boleh melihat Frontkn untuk jatuh ke dalam julat 590 sen.
Dalam satu nota tambahan lain, Heikin Aishi telah menunjukkan 'sell signal' dengan kekuatan bear yang agak kuat.
Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.