KGB : Isyarat 'Bearish' ?

Kelington Group Berhad terlibat dalam perniagaan menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, pembinaan dan perdagangan am. Syarikat menyediakan solusi penghantaran gas dan kimia Ultra High Purity (UHP).

1. Berdasarkan rating THOMSON REUTERS, KGB diberi skor 10/10 dari segi fundamental syarikat.

2. Pada carta harian, KGB dilihat cuba membentuk satu corak bearish/jualan iaitu 'double top'.

3. Paras sokongan terhampir adalah RM1.01. Pengesahan corak 'double top' adalah apabila KGB gagal mengekalkan harga di atas paras sokongan. Jika paras sokongan berjaya dipecahkan, KGB cenderung utk jatuh lebih rendah lagi.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Chart PatternsTrend Analysis

Juga pada:

Penafian