MuhammadAlTrader

Krono akan meneruskan kenaikan?

MYX:KRONO   KRONOLOGI ASIA BERHAD
1) Paras support terdekat bagi kaunter Krono adalah pada 0.565 dan resistance yang terdekat pada 0.640 dimana harga pada waktu sekarang pada 0.605 dan 0.610 dengan risk reward ratio pada nisbah lebih kurang 1 : 1
2) Harga terkini bagi kaunter Krono adalah lebih tinggi daripada Moving Average 20, maka Krono didagangkan dalam mod uptrend pada mid-term level..Pada long-term level, MA 50 berada pada paras 0.620. Jika harga dapat berada diatas 0.620, maka harga tersebut boleh dijadikan support yang terkini.
3) Indikator momentum dan trend seperti MACD juga menunjukkan petanda kenaikan dengan garisan MACD menghampiri garisan 0 menunjukkan krono akan berada pada trend yang bullish.
4) Terdapat juga jumlah kemasukan volume yang lebih tinggi pada 28 Disember 2018 yang lepas.
5) Indikator Stochastic turut berada pada paras lebih 50% dan mendongak keatas menunjukkan kaunter Krono akan terus keatas dalam masa terdekat.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.