PeterTing

KRONO - Kembali menguat semula.

MYX:KRONO   KRONOLOGI ASIA BERHAD
Salam kepada semua.

Berikut adalah analisa teknikal saya buat KRONO.

1. Corak carta V-bottom pattern dikesan setelah syarikat melaporkan keuntungan besar dalam pengumuman "QR" yang terkini.
2. Berdasarkan "Fibonacci Key Levels", 0.605 adalah sokongan yang penting dan rintangan (resistance) seterusnya ialah 0.66 and 0.72 - 0.725.
3. MACD crossover dikesan and RSI sudah pecah 50% ke atas.
4. Pada sesi niaga pagi ini, harga Krono sudah melonjat dari 0.62 ke 0.66 (+6.24%).
5. Pantau jika rintangan 0.66 dipecah ke atas, target seterusnya adalah 0.72 - 0.725.

Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.