BURSATRENDBANDCHART

Gunakan fungsi TERBIT IDEA sebagai jurnal dagangan

Pendidikan
MYX:QES   QES GROUP BERHAD
Terlebih dahulu, mohon maaf sebab tak dapat nak tunjuk cara menerbitkan idea dari mula.

Bila kita belajar sesuatu, membuat nota atau catatan amat digalakkan supaya mudah untuk kita buat rujukan di masa akan datang.

Begitu juga ketika berdagang di bursa, membuat nota berkaitan jual beli sangat dituntut supaya kita boleh belajar yang mana baik dan tidak baik.

Tradingview ada fungsi Terbitkan Idea. Jadikan idea2 yang diterbitkan sebagai nota peribadi atau boleh juga kongsikan kepada rakan2 yang lain.

Ada 2 kategori idea - Analisis dan Pendidikan. Kalau ingin membincangkan berkaitan carta tersebut, pilihlah Analisis. Dan sekiranya tujuan idea lebih kepada memberitahu, baru pilih Pendidikan.

Harap maklum, selepas butang terbitkan di pilih, kita ada masa lebih kurang 15 minit untuk kemaskini atau padam idea tersebut. Selepas dari itu, idea TIDAK BOLEH lagi di padam atau di tukar lagi. Hanya tambahan komen saja yang boleh dibuat.

Gunakan bahasa yang sesuai jika ingin berkongsi dengan orang ramai. Bahasa yang ringkas dan mudah difahami lebih baik dari bahasa yang terlalu panjang berjela2.


Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.