AmmarAbdSamat

RGTECH sedang sideways

Panjang
AmmarAbdSamat Telah dikemas kini   
MYX:RGTECH   RADIANT GLOBALTECH BERHAD

Radiant Globaltech Berhad adalah syarikat penyedia penyelesaian teknologi runcit.

1. Pada 12/11/2018, RGTECH menerima kemasukkan volume yg tinggi seterusnya berjaya menutup sesi dagangan pada harga tertinggi dalam sebulan iaitu pada RM0.31.

2. Pada 16/11/2018, RGTECH telah mengeluarkan laporan suku kewangan ke-3 pada waktu rehat selepas sesi dagangan pagi di mana keuntungan bersih yg dicatatkan berkurang berbanding suku sebelumnya.

3. Sesi dagangan petang dibuka dgn rendah pada harga RM0.275 iaitu di paras sokongan semasa. RGTECH dilihat berjaya mengekalkan harga di atas paras sokongan RM0.275 sebelum ditutup pada RM0.280 meskipun laporan kewangan tidak memberansangkan.

4. Jika paras sokongan RM0.275 berjaya dikekalkan, RGTECH mampu utk naik lagi tinggi. Jika tidak, paras sokongan seterusnya adalah pada RM0.260


Kredit untuk Bursatrendband untuk indikator TrendbandGuide

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Komen:
Paras sokongan telah pecah. Kini paras sokongan adalah RM0.260

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.