zulnureen

PBBANK: Antara faktor kejatuhan pasaran Bursa Malaysia

MYX:PBBANK   PUBLIC BANK BHD

PBBANK adalah antara saham yang mewakili FBMKLCI. dan kejatuhan yang sedikit pun dari PBBANK akan memberi kesan kepada indeks FBMKLCI dan apatah lagi jika saham ini jatuh dengan banyak. saham saham yang termasuk dalam senarai FBMKLCI adalah leader dalam sektor yang menjadi petunjuk arah sktor. dan FBMKLCI ini bertindak sebagai general dalam pasukan perang, dan andaikata general ini tewas makan, para soldadu yang lain juga akan ikut tewas. melihat pergerakan secara total dengan menggunakan petunjuk analisa teknikal, maka kita tidak akan ambil pusing sebab musabab ia bergerak, dalam erti kata lain, kita sebenarnya tidak akan melihat kepada news dan sebab sebab fundamental. kita sesungguhnya ingin melihat apakah aktviti sebenar para pelabur, apakah ia sedang membeli atau apakah ia sedang menjual. dan tentu sekali kita ingin melihat kekuatan aktiviti tersebut untuk membuat keputusan samaada kita akan ikut atau tidak. kerana sebagai pemain retail saham, kita cuma seorang follower, kita tak pernah mempunyai kuasa untuk menentukan arah tuju pasaran. oleh itu melihat pada carta teknikal, sebenarnya, PBBANK cuba membuat comeback dan membuat pendakian, tapi pendakian itu gagal menukar trend dari kejatuhan kepada kenaikan, tetapi kejatuhan hari ini yang banyak secara lansung telah menyebabkan ramai lagi pemain besar dan kecilan mengikut trend dan ikut menjual, menyebabkan kejatuhan yang lebih besar ibarat jatuh di timpa tangga. di saat ini ramai pemain mengharapkan kenaikan semula, tetapi, sebagai pemain teknikal yang mengikut petunjuk, seharusnya kita menunggu petunjuk bertukar menjadi nelian sebalum kita membuat keputusan dan membeli.
PBBANK secara teknikal berada di bawah garisan 20ma dan kejatuhan yang banyak hari ini menyebabkan saham ini berada jauh di bawah awan. ini menunjukkan bahawa saham ini sedang trending down kerana duduk di bawah awan. malah jika di lihat pada spetunjuk MACD, belum ada lagi petunjuk beli sejak harga jatuh di bawah garisan 20ma. kejatuhan yang berterusan ini menjadikan KLCI juga turut sama jatuh.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.