ChannelTrend

Candle kuning sebagai petanda awal kenaikan

ChannelTrend Telah dikemas kini   
MYX:MIECO   MIECO CHIPBOARD BHD
Candle kuning mempunyai ciri-ciri yang agak unik, ternyata pada kebanyakkan saham yang dijumpai, candle kuning boleh dijadikan sebagai signal awal kenaikan yang seterusnya. Namun begitu terdapat kriteria dalam pemilihan candle kuning tersebut, berikut akan dijelaskan :

1) Bolingger band/atom perlu squeeze, lagi squeeze lagi bagus, kerana itu ibarat seperti naga yang menyimpan apinya sebelum ia disemburkan.
2) Candle kuning mestilah menghampiri upper channel, lebih dekat dengan upper channel lebih bagus. kadangkala candle kuning terus melintasi upper channel, itu signal buy yang kuat kerana disitu terdapat dua keadaan breakout.
3) Candle menghampiri ema50, jika melintasi ema50 keatas lebih baik.
4) Kenaikan candle kuning yang tidak terlalu banyak, cukup lah antara 3% ke 5% sahaja kenaikan.
5) Berlaku pada stock yang downtrend kemudian sideways atau berlaku pada stock yang uptrend kemudian retrace sehingga retrace tersebut menjadikan bolingger band squeeze.
6) Candle kuning tersebut telah dimasukkan kriteria volume iaitu volume mestilah melepasi volume average 5 hari (volume berwarna unggu). Lebih bagus jika volume tersebut breakout 5 hari volume lepas (volume berwarna oren).
7) Stock tersebut bukannya stock yang sideways, kerana stocks yang sideways tidak valid.
8) Stock tersebut bukannya stock super penny, kerana stocks super penny tidak valid.

Sekiranya anda mempunyai soalan, sila ajukan diruangan komen. selamat berdagang!
Komen:
Pesanan: bukan semua selepas candle kuning terus berlaku kenaikan, kadangkala ia akan membuat retracement dahulu sebelum meneruskan kenaikan.
Komen:
Pesanan: bukan semua selepas candle kuning jadi, bila dikatakan system, maka ada situasi yang tidak berjaya. Tetapi kebarangkaliannya berjaya.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.