zulnureen

DAYANG: kemungkinan belum habis correction, mungkinkah?

MYX:DAYANG   DAYANG ENTERPRISE HOLDINGS BHD

(Andaian yang di buat ini adalah berdasarkan carta di atas sahaja tanpa ambil apa sahaja faktor lain termasuk pergerakan minyak dunia),

melihat pada carta di atas, pelbagai andaian dan kemungkinan yang boleh berlaku, pertamanya, kemungkinan harga saham ini akan kembali membuat kenaikan, kerana telah sampai ke garisan sokongan di 20ma dan berada di paras sokongan fibonacci 78.6% atau 1.35,
tetapi, melihat pada petujuk yang ada, selalunya, (ini bukan kepastian, cuma satu andaian), harga akan retrace kepada paras 38%, 62% dan selalunya ke paras 50%, dan jika di ambil dan di andaikan paras retrace nya di 50%, maka harga akan pergi hingga ke paras 96sen sebelum melihat ada reaksi naik semula. MACD adalah antara petunjuk awak perubahan trend, tetapi selalu juga petunjuk ini gagal memberi bacaan tepat, kerana itu, kita haru juga melihat pada petunjuk petunjuk yang lain. apa pun, jika anda cuma ada petunjuk yang di pamerkan, keputusan yang pasti ialah, saham ini akan di jual, kerana ada kemungkinan trend saham ini akan berubah dari menaik kepada menurun kerana MACD telah bertukar nilai dari positif ke negatif.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.