AmmarAbdSamat

Prestariang Berhad : Kenaikkan pada sesi dagangan petang

Panjang
MYX:AWANTEC   AWANBIRU TECHNOLOGY BERHAD

Prestariang Berhad adalah syarikat yg menyediakan perkhidmatan termasuk latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan pengedaran dan pengurusan sijil dan perisian (perkhidmatan dan pengedaran ICT), pendidikan, perkhidmatan pekerjaan dan lain-lain.

1. Pada awal bulan november, Presbhd telah melakukan kenaikkan lebih 100% dalam masa 2 minggu, dari paras terendah bulanan iaitu pada RM0.40 hingga paras tertinggi bulanan RM0.855 dengan volume yang tinggi.

2. Selepas berlaku jualan mengambil keuntungan yg menyebabkan harga turun serendah RM0.550, Presbhd dilihat melakukan lantunan teknikal di atas trendline dan mencipta 'higher low' yg terbaru.

3. Lantunan teknikal tersebut disokong dengan volume yg tinggi. Ini menunjukkan tiada anomali pada kenaikkan hari ini dari segi analisis volume dan harga.

4. Volume dagangan pada hari ini juga lebih tinggi dari garisan purata volume 20 hari dagangan. Ini menunjukkan peningkatan permintaan terhadap Presbhd.

5. Garisan trendline boleh digunakan sebagai paras sokongan. Jika harga turun melepasi garisan ini, harga akan cenderung untuk turun lebih bawah lagi.

6. Paras rintangan adalah pada RM0.675. Jika berjaya dipecahkan, Presbhd mampu untuk naik lebih tinggi.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.