zulnureen

ARMADA: Tertinggal di garisan permulaan

MYX:ARMADA   BUMI ARMADA BERHAD

Di waktu ini, hangat di pasaran dengan saham saham yang berkaitan minyak. semuanya naik, umpama gajah naik minyak. tapi terlihat saham ARMADA ini yang ada kaitan minyak, tertinggal. saya melihat hanya dari sudut teknikal sahaja tanpa mengambil kira apa sahaja fakta fakta dan teori lain yang tak dapat saya pastikan kebenaran.
baiklah. melihat pada carta harian saham ini. ia masih di lihat bergerak secara mendatar sahaja tanpa apa apa reaksi yang jelas, samaada untuk naik atau turun. namun begitu di lihat pada garisan 20ma. saya dapati harga saham ini, mulai mendaki ke atas 20ma, secara perlahan lahan dan santai sahaja. dan melihat pada ichimoku, ia masih lagi berada di dalam awan, bermaksud ia masih bergerak secara mendatar atau sideways, dan awan hadapan juga masih merah karana lead 1 masih lagi berada di bawah lead 2 yang memberikan awan merah. dan garisan lagging juga masih berada di bawah harga semasa 26 hari yang lalu,
tetapi, petanda petanda awal seperti harga yang berada di atas 20ma dan MACD yang positif tak boleh di tinggalkan, jika anda seorang pemain saham mengikut teknikal, berkemungkinan anda akan mulai monitor saham ini untuk breakout yang lebih kukuh. paras halangan adalah pada paras 25.5 (paras tertinggi lepas) dan 28 (paras halangan awan)
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.