FauziSaham

Sapura Energy mampukah 0.340 menjadi sokongan?

Panjang
MYX:SAPNRG   SAPURA ENERGY BERHAD
Semalam Sapura Energy cuba melepas halangan 0.340. Dan kita lihat adanya volume yang tinggi. Ini menunjukkan ianya mempunyai momentum.

Pagi ini dilihat ia menguji halangan 0.340 sebagai sokongan. Apakah ia akan berjaya dan seterusnya menuju ke 0.455?

Jika dilihat pada trendline di bawah dia ada membuat spring sebelum membuat lonjakan. Saya lihat ini sebagai isyarat yang kuat dia boleh pergi lebih jauh.

Trendline di atas adalah consolidation trendline. Ia perlu melepasi garisan ini untuk menamatkan fasa accumulation dan seterusnya membuat reversal (trend menaik).

Sama-sama kita lihat apa yang akan berlaku seterusnya.

Pemangkin yang kuat untuk Sapura Energy ini membuat kenaikan adalah book order dia dan juga sentimen oil and gas yang menggila tahun ini. Sektor oil and gas terutamanya downstream seperti penyelanggaraan didapati mula aktif (banyak projek atau kerja yang tumbuh bagai cendawan).

Untuk mendapatkan pulangan yang lumayan dalam bidang saham ini, adalah idea yang baik untuk melihat pada fundamental dan juga analisa teknikal.

Kenaikan tanpa fundamental hanyalah bersifat sementara dan berisiko tinggi.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.