MuhammadAlTrader

MALTON: Pertembungan MA20 dan MA50

MYX:MALTON   MALTON BHD
1) Kaunter Malton meneruskan momentum kenaikan setelah beberapa hari naik, bermula dengan minat belian berterusan sejak 28 Disember lepas.
2) Kaunter ini diniagakan pada harga 0.525 pada waktu ini dengan paras support support terdekat adalah pada harga 0.450 dan resistance terdekat pada 0.540.
3) Garisan MA20 telah bersilang dengan garisan MA50 menunjukkan minat belian jangka sederhana dan jangka panjang akan berterusan.
4) Harga sekarang banyak bermain pada lingkungan harga 0.510-0.530, ini menunjukkan wujud pengumpulan jangka pendek dan aktiviti profit-taking daripada trader/investor yang telah membeli pada harga yang lebih rendah.
5) Indikator momentum dan trend MACD berada pada paras atas 0, dan mencapah keatas menunjukkan kaunter berpotensi untuk terus ke atas.
6) Indikator momentum cycle, Stochastic berada pada paras lebih 75% menunjukkan paras overbought.
7) Kebarangkalian kaunter akan terus bermain dalam lingkungan 0.510-0.530 untuk beberapa hari ini, sebelum meneruskan kenaikan semula.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.