FauziSaham

Apakah pelabur dan pedagang masih optimis ke atas VS?

MYX:VS   V.S INDUSTRY BHD
Dilihat 30 kali
0
Walaupun VS mengeluarkan laporan kewangan yang merosot untuk dua suku tahun berturut-turut, namun harga masih lagi kelihatan membuat kenaikan.

Apakah ramai yang masih optimis akan masa depan VS?

Dari segi teknikalnya kita dapat lihat telah berlakunya klimaks penjualan disusuli dengan permintaan yang tinggi.

Dan baru-baru ini harga kelihatan telah patah trend namun ia kemudian kembali mengikut trend. Ini menunjukkan tiada tekanan jualan.

Mari kita lihat samaada VS akan melakukan breakout pada rintangan kuatnya (garis merah), atau dia telah capai tahap maksimum atau puncak sebelum membuat penurunan.