TeropongBursa

PERMAJU - berada dihalangan pertama (jangka pendek sahaja)

Panjang
TeropongBursa Telah dikemas kini   
MYX:PERMAJU   PERMAJU INDUSTRIES BHD
FA asas
Industri: Servis / Perkhidmatan
PE (tiada)
EPS 3.06 (Kerugian)
syarikat masih kerugian
Pendapatan positif
maklumat lain: syarikat kerugian, namun beigtu, kerugian semakin mengurang untuk 3 suku kebelakang, berita baik.

Pergerakan harga telah menghampiri paras rintangan iaitu garisan downtrend (garisan Biru). perhatikan pergerakan harga kaunter ini, jika ianya menembusi paras R1, harga dijangka akan meneruskan kenaikan ke R2 dengan pertambahan minat belian.

Sila jual sebelum sampai target jika ada untung untuk untuk mengelakkan permainan pihak sindiket. Syarikat rugi tidak mempunyai sebab apa-apa untuk kenaikan harga saham syarikat tersebut.

Jika tidak kaunter ini tidak naik, bersedia untuk melepaskan pegangan saham ini jika harga jatuh di bawah paras S1 (22.5sen)
Komen:
Permaju didagangkan pada hampir R1, 0.45 selepas sehari. sepattutnya anda telah mengambil untung 1/3 atau 1/2 dari posisi anda pada hari tersebut (money management) dan biarkan baki posisi anda untuk mencapai R2 (jika boleh sampai). Perhatikan transaksi kaunter ini pada hari-hari seterusnya. sila set stoploss baru pada R1 - dimana "resistance becomes support".

Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.