Ni Hsin membuat corak kenaikan Elliott Waves?

Melihat pada carta, kita dapati Ni Hsin telah membuat fasa pembetulan (correction) yang lengkap (i, ii, iii, iv, v) sebelum membuat kenaikan lantas membentuk gelombang 1.

Kemudian dia menurun kembali sebanyak 61.8% ketinggian gelombang 1, dan membuat higher low. Ini mengesahkan ia membuat corak Elliott Waves gelombang ke 2.

Dari seterusnya naik melepasi 50% ketinggian gelombang 2 (0.285) serta berjaya membuat paras sokongan di situ. Ini menguatkan lagi corak Elliott Waves yang dibuat.

Dari sini kini boleh membuat anggaran dia akan naik hingga ke paras 0.41 (gelombang 3) iaitu 161.8% ketinggian gelombang 1 kemudiannya diukur dari low gelombang 2. Namun ia juga boleh pergi sekadar ke 0.350 iaitu 100% ketinggian gelombang 1 diukur dari low gelombang 2.

Dengan mengambil kira kebiasaan gelombang iaitu 161.8% kita buat andaian dia akan pergi ke 0.41 dan kemudiannya turun kembali ke 0.350 iaitu 38.2% ketinggian gelombang 3. Lantas membentuk gelombang 4.

Dari gelombang 4 ia akan meneruskan pendakian hingga ke 0.470 (61.8% ketinggian dari permulaan kenaikan hingga ke puncak gelombang 3) atau 0.505 (78.6% ketinggian dari permulaan kenaikkan hingga ke puncak gelombang 3) sebelum membuat pembetulan. Ini membentuk gelombang 5.

Bilamana kita hafal dan kenal corak-corak pada carta seperti Elliott Waves, maka mudah bagi kita untuk memasang strategi trading kita. Tidak lagi tertanya-tanya boleh naik lagi ke tidak. Kita trade dengan lebih yakin dan tidak mengikut emosi.

Setelah mengenal pasti corak, tugas kita seterusnya hanyalah melihat pada candle dan volume untuk memastikan ia mengikut pergerakan corak yang kita jangkakan. Seandainya ia menyimpang dari jangkaan kita, maka kita tahu ada sesuatu yang tidak kena maka mudah untuk kita membuat keputusan untuk keluar dari posisi.
Elliott Wavemac19

Penafian