MuhammadAlTrader

EKOVEST: Boleh buy tunggu retracement

MYX:EKOVEST   EKOVEST BHD
1) Support terdekat bagi kaunter ekovest adalah pada 0.425 dan terkini didagangkan pada harga 0.515. Paras rintangan terdekat pula adalah pada harga 0.530 dengan nisbah risk reward adalah 6:1 pada masa ini.
2) Pada 4 Januari 2019 terdapat minat belian yang besar terhadap kaunter ini dan telah berterusan selama beberapa hari sehingga hari ini.
3) Harga ekovest sekarang didagangkan diatas paras harga MA20 dimana terletak pada paras 0.450. Dapat dinyatakan kaunter ini berada pada mod uptrend untuk midterm level.
4) Untuk longterm level harga kaunter ekovest turut telah melepas MA50 pada paras 0.465 dan dapat dinyatakan kaunter ekovest didagangkan pada mod uptrend untuk longterm level. Paras harga 0.460 turut boleh dijadikan paras sokongan yang terdekat bagi mereka yang risk-averse investor/trader.
5) Indicator momentum dan trend MACD turut menunjukkan kecenderungan positif dengan garisan MACD dan garsisan signal telah berada diatas paras 0 dan mendongak ke atas, seterusnya boleh dinyatakan kaunter ini bakal dan boleh naik keatas lagi.
6) Indicator stochastic telah berada pada paras lebih 75% iaitu paras overbought. Maka, ada kemungkinan akan berlaku retracement pada waktu terdekat.
7) Bagi para traders/investors, yang menggemari kaunter ini boleh menunggu dalam beberapa hari ini memasang pukat untuk mengutip kaunter ini yang bakal melakukan retracement sebelum melakukan kenaikan yang lebih tinggi.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.