zulnureen

GADANG: Trend masih Jatuh

MYX:GADANG   GADANG HOLDINGS BHD
Kadangkala, dan ada masa-masa nya kita harus melihat jauh ke kiri carta untuk mmnuat penilaian samaada harga mengarah ke mana, dalam kes GADANG, melihat jauh ke kiri, saya akan membuat andaian yang harga masih lagi trending ke bawah, dan ia di perkukuhkan lagi dengan kedudukan harga semasa yang berada di bawah garisan 200ma.

semasa ini, di lihat paras fibonacci 38% memeainkan peranan sebagai paras sokongan, ada kemungkinan kah harga akan naik kerana sokongan fibonacci 38%, kemungkinan itu ada, tetapi saya cuba juga mencari petanda awal divergence (bullish) samaada pada macd mahupun histogram, tapi tidak kelihatan, maka, saya membuat kesimpulan yang kenaikan ini hanyalah bersifat sementara, dan berkemungkinan harga akan menyambung kembali geraka nya dengan kejatuhan dan akan mencuba pula paras fibonacci yang berikut nya di paras 48sen.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.