MuhammadAlTrader

Layhong: Macam nak pergi jauh

MYX:LAYHONG   LAY HONG BHD
1) Paras sokongan terdekat adalah pada 0.400 dan paras rintangan terdekat adalah pada 0.500 dengan harga terkini pada 0.450..Risk reward ratio adalah pada 1:1.
2) MA50 berada pada 0,430 dan boleh dijadikan paras sokongan atas paras cut loss terdekat. Harga juga berada di atas MA50 menunjukkan minat belian jangka panjang itu wujud dan selagi harga berada diatas paras MA50, boleh dinyatakan long term trend pada keadaan uptrend.
3) Harga terkini juga telah melintas MA20 menunjukkan mid-term trend juga pada trend menaik.
4) Kaunter ini menarik minat saya kerana Parabolic SAR telah melintas ke bawah, menunjukkan trend menaik akan bermula.
5) Selain itu, bagi penunjuk MACD juga berada di atas 0 dan garisan signal dan garisan MACD juga melintas antara satu sama lain.
6) Ini menunjukkan kaunter ini akan meneruskan kenaikan dalam waktu terdekat.
7) Para traders boleh masuk pada harga terkini atau tunggu harga melakukan retracement, selagi tidak pecah harga cut loss.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.